Isnin, 13 Ogos 2012

SURAU AL-IKHLASIAH


Surau dua tingkat
Majlis ilmu terus meningkat
Ramai ustaz memberi khidmat
Dalam bentuk nasihat
Maklumlah
“Agama itu nasihat’
Yang disuruh buat
Yang dilarang jangan dekat
Baru hidup kita berkat
Rapat dengan ulama akhirat
Dengar apa yang dituturkan
Tulis apa yang diucapkan
Baca diulang-ulangkan
Mudah difahamkan
Terus diamalkan
Inilah natijah majlis ilmu
Belajar jangan jemu-jemu
Baru tahu
Indahnya wahyu
Dengannya Melayu selamat dari ditipu
Oleh Gerombolan
Musang berbulu ayam
Bila ini rakyat faham
Pasti parti asobiyah tenggelam
Seperti kapal titanic di laut dalam
Timbul saja Islam
Pembawa rahmat kesekelian alam


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Ramadan1433/Ogos2012

Tiada ulasan:

Catat Ulasan