Isnin, 6 Ogos 2012

NASIHAT SUAMI KEPADA ISTERI


Suami seorang ulamak
Ilmunya terlalu banyak
Berani menyebelahi yang hak
Sanggup menentang golongan haprak
Suami yang sebaliknya
Anaknya beli kilang arak
Maklumlah, dibantu bapak
Bapak yang panjang umur
Masih berbicara isu politik
Lupa dia
Nyawa hanya berakhir dengan satu detik
Tak bernilai ahli politik
Fikir dunia tanda tak cerdik
Kata Nabi SAW
Orang yang cerdik
Banyak beribadat untuk akhirat
Dan akhirat itu lebih baik
Dan lebih kekal
Diterima orang berakal
Terima ketentuan hidup dengan tawakkal
Bertindak
Dengan iman dan istiqamah
Amanlah keluarga di rumah
Cencaru keluar waktu malam
Sambil berenang termasuk pukat
Bahagia keluarga orang Islam
Bertindak dengan kata sepakat


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Ramadan1433/Ogos2012

Tiada ulasan:

Catat Ulasan