Rabu, 1 Ogos 2012

UNTUK IBU


Duhai ibuku!
Ketika desa kita berkumandang
dengan kemerduan
gema bacaan Al Quran
di sepanjang bulan Ramadhan,
engkau mendengarnya
dengan bersungguh-sungguh dari balik tabir
Dan apabila aku yang duduk di sisimu
Berbuat bising seperti anak-anak lain
Engkau melarang perbuatanku
Dengan isyarat dan arahan
Lalu aku pun akan turut sama
Mendengarnya sepertimu
Hatiku bergembira
Menikmati bacaan ayat-ayat ajaib itu
Walaupun aku masih terlalu muda
Untuk memahaminya
Ketika aku membesar
Di bawah belaianmu
Engkau menghantarkan aku ke madrasah tempatan
Keikhlasan hati dan doamu
Membawa Allah membuka hatiku
Dan membolehkan aku menghafaznya dengan senang
Dan aku duduk di sampingmu
Membaca ayat-ayat Al-Quran
Aku akhirnya menghafaz seluruh Al-Quran
Dan sebahagian dari impianmu telah dipenuhi

Duhai ibu!
Bayi yang kecil
Anak lelaki yang remaja
Sedang menghadiahkanmu buah buahan dari didikan
Dan jagaan memanjangmu
Andai suaranya tidak merdu
Ia diam
Bagai seri penghuraian dan penafsiran.



-Syed Qutub. Cetusan Idea Seorang Pejuang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan