Di bulan
Syawal
Di Malaysia
Diadakan
rumah terbuka
Menjamu selera
Halal haram belakang kira
Ini budaya
Hari raya golongan assobiyah
Dari kalangan berjawatan tinggi
Dari ketua kerajaan
Persekutuan
Dari ketua-ketua kerajaan negeri
Muka senyum berseri seri
Bersalaman tanpa disedari
Berlaku setiap Aidilfitri
Bermaaf-maafan suami isteri
Luput kempen Islam Hadhari
Dilenyapkan oleh politik ala Machiavelli
Ikan puyu ikan keli
Dua jenis ikan darat
Tukar kerajaan ini kali
Gantikan dengan pimpinan berbakat
Dari kalangan agama
Dari kalangan professional
Dari kalangan kuasawan
Bila hati rakyat tertawan
Teruskan slogan lawan tetap lawan
Inilah kelainan
Dari gerombolan bangsawan keduniaan
55 tahun memperdayakan rakyat sekalian
Kali ini
Timbul gelombang masyarakat madani
Gelombang musim bunga Arab
Janji Jingga boleh diharap
Di empat negeri terbukti cekap
Cakap dan bikin
Rakyat dah yakin
Rumah terbuka jadi pemangkin
Membawa kebaikan kepada fakir miskin
HMS ABU
BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Syawal1433/Ogos2012
Tiada ulasan:
Catat Ulasan