Puasa
Baik bagi
manusia
Berniat di
waktu malam
Budaya orang
Islam
Selepas
Ramadhan
Ada puasa
Enam hari di bulan Syawal
Buru nafsu boleh dikawal
Tuntutan BERSIH 3.0 tanpa disoal
Bagi untuk
Sistem demokrasi berparlimen
Boleh diterima orang beriman
Orang baik dijadikan teman
Dijauhi syaitan
”Lebih baik undi syaitan yang dikenali dari malaikat yang
tidak kita kenali”
Tanda orang berjiwa barat
Seperti pelanduk lupakan jerat
Menanti ”problem” di akhirat
Kesan pembacaan buku buku barat
Terutama buku
Berjudul The
Prince
Sang putera
raja
Oleh Nicolo Machiavelli
Pemikir keduniaan dari Itali
Neraka saja dibeli
Ikan puyu ikan keli
Hidup membiak di dalam sawah
Hidup di dunia hanya sekali
Beramal soleh dan berdakwah
Melalui puisi boleh berdakwah
Boleh tentang rasuah
Boleh tumbangkan pimpinan perasuah
Dengan iman dan istiqamah
paksalleh.blogspot.com
Syawal1433/Ogos2012
Tiada ulasan:
Catat Ulasan