Khamis, 16 Ogos 2012

PANTUN SEMASA TAZKIRAH RAMADHAN


Warna hijau daun pandan
Bila dikerat harum baunya
Carilah pahala di bulan Ramadhan
Capai taqwa tanda berjaya


Bunga tanjung putih berseri
Gugur ke bumi di waktu malam
Keredhaan Allah elok dicari
Diperolehi hanya umat Islam


Ikan kembong ikan gelama
Sambil berenang bermasuk pukat
Mari bangunkan Islam bersama
Menumbangkan penzalim kita sepakat


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Ramadan1433/Ogos2012

Tiada ulasan:

Catat Ulasan