Selasa, 28 Ogos 2012

PANTUN RAKYAT TERBELA




Berenang ikan dalam paya
Ada keli dan haruan
Bermaaf-maafan di hari raya
Menumbangkan penzalim jadi tujuan

Dalam paya tumbuh teratai
Timbul tenggelam kura-kura
Pendakwah Islamiah semacam dirantai
Kerja maaruf dibuat segera

Haruan membiak dalam sawah
Dikenal juga ikan bulat
Gunakan puisi untuk berdakwah
Semoga penzalim tidak mengelat

Isi teratai berwarna putih
Tumbuh subur dalam paya
Menuntut ilmu janganlah letih
Menjadi asas untuk berjaya

Bunga ros berwarna merah
Tumbuh dekat pokok pandan
Berfaedah datang dengar tazkirah
Di setiap malam bulan Ramadan

Waktu pagi kutip rambutan
Bawa ke rumah untuk keluarga
Berdakwah bila ada kesempatan
Dengannya agama Islam dijaga

Ikan kembong ikan pari
Dua jenis ikan laut
Tuntutlah ilmu setiap hari
Dengan kebenaran hati terpaut

Makan roti berinti kaya
Makan bersama seisi keluarga
Harap-harap bersih pilihanraya
Baru nasib rakyat terjaga


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Syawal1433/Ogos2012

Tiada ulasan:

Catat Ulasan