Selasa, 7 Ogos 2012

BUKU NOTA


Buku nota
Boleh dibawa ke mana-mana
Boleh catit apa saja
Boleh membawa bahagia
Bagi jiwa
Bagi yang ikut agama
Sedar bahaya politik lama
Ikut Machiavelli punca cara
Matlamat menghalalkan cara
Belakang kira
Dosa-dosa
Dikumpul di bulan puasa
Melalui penyalahgunaan kuasa
Masih ada tahanan ISA
Dari kalangan anak bangsa
Dipertahankan BTN
Biro Tunggu Neraka
Wira perkauman
Lupa tegahan tuhan
Dalam Al-Quran
Manusia diciptakan
Dengan sebaik-baik kejadian
Dapat taqwa dari puasa Ramadhan
Dapat ilmu dari tazkirah Ramadhan
Berlakulah perubahan
Bila berpuasa badan
Bila berpuasa akal
Bila berpuasa hati
Bila berpuasa nafsu
Bila berpuasa roh
Buat saja yang Allah suruh
Buat apa yang Rasul suruh
Ambil yang bersih, buang yang keruh
Terima tuntutan BERSIH 3.0
Kesan kuasawan bertaqwa
Kesan SPR berwibawa
Kesan SPRM bertindak secara professional
Dari tazkirah dosa pun kenal
Mudah beramal
Mudah dapat Lailatul Qadar


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Ramadan1433/Ogos2012

Tiada ulasan:

Catat Ulasan