Isnin, 6 Ogos 2012

DOA DI WAKTU SAHUR


Berdoa
Di waktu Sahur
Di bulan Ramadhan
Menjadi bekalan di Hari Kemudian
Berkebajikan
Doa sebelum makan
Semua rezeki daripada tuhan
Yang halal saja dimakan
Fahaman Assobiyah ditinggalkan
Merosakkan amalan
Seperti kuman
Dalam badan
Dijauhi yang berilmu pengetahuan
Diperoleh dari majlis ilmu
Dari tazkirah
Dunia jadi cerah
Bila pemimpin beramanah
Bila ulama bermaruah
Diperlukan
Di negara seperti Malaysia
Jadi contoh kepada rakyat sekalian
Bersatu dalam kepelbagaian
Negara jadi aman
Inilah harapan
Rakyat sekalian


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Ramadan1433/Ogos2012

Tiada ulasan:

Catat Ulasan