Khamis, 16 Ogos 2012

JANJI DITEPATI




Janji
Dibuat di alam roh
Dibuktikan dengan iman yang teguh
Buat yang Allah suruh
Berjemaah setiap solat Subuh
Tolak Jom Heboh
Tolak pimpinan cakap tak serupa bikin
Buku Jingga tawaran terbaru
Gelombang kuning tolak biru
Gelombang hijau yang direstui ramai
Begitu juga gelombang oren
Tolak budaya komisyen
Terima negara berkebajikan
Beri mandat boleh dibuktikan
Lihat saja di Kelantan
Lihat saja di Kedah
Lihat saja di Pulau Pinang
Lihat saja di Selangor
Pimpinan yang boleh ditegur
Laporan Ketua Audit Negara membuktikan
Kebolehan pentadbiran
Kerajaan kerajaan negeri Pakatan Rakyat
Muqadimah untuk mentadbir kerajaan pusat
Yang dapat manfaat
Kekayaan kroni-kroni akan disiasat
Harap-harap Che Det tak terlibat


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Ramadan1433/Ogos2012

Tiada ulasan:

Catat Ulasan