Sabtu, 25 Ogos 2012

TUA YANG MERUNSINGKAN


Bila umur meningkat
Banyak perkara dah tak ingat
Ramai rakan dah ke akhirat
Pelanduk tetap lupakan jerat
Fikir kebajikan suku sakat
Ambil kesempatan daripada pangkat
Dia ingat
Rakyat tak lihat
Ikan keli ikan sepat
Dua jenis ikan darat
Putrajaya boleh dapat
Hilang pedoman penguasa keparat
Guna 4R sebagai jerat
Race
Religion
Ruler’s
Riot
Rakyat bukan bodoh
Boleh lihat di 4 negeri
Rasuah di peringkat minima
Berbeza dengan yang lama
Hidup dan mati dengan rasuah
Kata rakyat eloklah berubah
Kata ulama eloklah bertaubat
Ego pula terlalu tinggi
Mengajak manusia buat benda benda keji
Takut diuji
Menjauhi pula majlis ilmu
Kekallah bertaraf otak kalkatu


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Syawal1433/Ogos2012

Tiada ulasan:

Catat Ulasan