Buah
cempedak buah nangka
Dua jenis
buah tempatan
Membesarkan
Allah tanda merdeka
Di mana
tetap menentang syaitan
Buah nangka
warna kuning
Buah rambutan kulitnya merah
Bila pemimpin kepala pening
Tanda rakyat sudah berhijrah
Pergi ke surau menaiki kereta
Tujuan utama solat berjemaah
Kebaikan Pakatan rakyat ceria
Boleh memimpin dengan amanah
Di tepi telaga tumbuh pegaga
Bila makan dijadikan ulam
Membawa kebajikan Buku Jingga
Ini bersesuaian dengan Islam
Pergi ke sekolah menaiki bas
Bayar tambang di hujung bulan
Pakatan mahu rakyat bebas
Pemimpin sendiri menunjukkan jalan
Pokok cengal pokok jati
Tumbuh subur dalam hutan
Rakyat ingin pimpinan berkualiti
Ada hanya pada Pakatan
paksalleh.blogspot.com
Syawal1433/Ogos2012
Tiada ulasan:
Catat Ulasan