Rabu, 8 Ogos 2012

PANTUN SAMPAI MASANYA


Daripada rumput buat sarang,
          Biasa dilakukan burung pipit,
Himpunan BERSIH cuba diserang,
Tunai tuntutan tentu tersepit


Burung pipit terbang sekawan,
          Turun ke sawah makan padi,
InsyaAllah Putrajaya boleh ditawan,
          Dengan membersihkan proses mengundi


Burung Tempua bersarang rendah,
          Ditiup angin terus bergoyang,
Menipu undi nampak mudah,
          Sampai masa kuasapun melayang


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Ramadan1433/Ogos2012

Tiada ulasan:

Catat Ulasan