Sabtu, 1 Ogos 2015

SELAMAT PENGANTIN BARU (Zakril Emri & Halizah)

I
Tahniah
Haji Md. Ghazali Bin Omar
Hajah Tibah Binti Haji Hassan
Dapat menantu perempuan
Boleh bawa ke majlis pengajian
Selepas berseronok-seronokan
Malam pertama jangan ada gangguan
Bersyukur setiap kali selesai perbuatan
Menangis syaitan
Bila anak Adam diijabkabulkan

II
Terima kasih
Dari seluruh jemaah Kuliah Dhuha
Dijemput ke Majlis Walimatulurus
Di rumahnya
Di Taman Klebang Jaya
Pada 1 Ogos 2015
Bersamaan 16 Syawal 1436H

III
Selamat Pengantin Baru
Zakril Emri Bin Haji Md Ghazali
Halizah Binti Zainal
Sekarang dah sah sebagai suami-isteri
Dengan ilmu lengkaplah diri
Mudah keredhaan Allah dicari
Nikmatnya tidak terperi
Bersyukurlah
Dengan solat berjemaah
Zakril jadi imam
Hafizah jadi makmum

Bahagia hidup bila ikut hukum


HMS Abu Bakar


Tiada ulasan:

Catat Ulasan