Rakyat jelata sekarang adalah manusia
yang berilmu
Juga bijak
Kepada kebaikan elok diajak:-
Pergi
ke sawah bawa tajak
Berhenti
berehat makan empin
Boleh
mengkritik menggunakan sajak
Semoga
sedar yang memimpin
Jika ini berlaku
Tanda kepimpinan banyak baca buku
Diantara yang dibaca
Al-Risalah
Karangan Imam Syafie
Pengasas Mazhab Syafie
Banyak pengikutnya di Kepulauan
Melayu
Indonesia dan Malaysia
Indonesia dijajah Belanda
Malaysia dijajah Inggeris
Sekarang dikuasai parti berlogokan
keris
Ketua-ketua negeri-negeri Melayu hati
terguris
Bila pimpinan politik cuba
memperbodohkan rakyat
Dengan berita dan maklumat
Yang hanya sedap didengar
Bagi menutup keadaan sebenar
Menyedari ini
Rakyat bermaklumat kena berani
Berani menyoal
Apa jadi dengan 1MDB?
Apa jadi dengan LUTH?
Apa berlaku dengan SPRM?
Apa punca kebakaran di Bangunan Bukit
Aman?
Boleh dijawab oleh pimpinan beriman
Dengannya patut ada pertukaran
Diperingkat kerajaan Pesekutuan
Semoga direstui oleh Tuhan
HMS ABU BAKAR
Tiada ulasan:
Catat Ulasan