Khamis, 27 Ogos 2015

PANTUN PERLENGKAP DIRI

Depan pintu tangganya batu
Menghadap paya sebelah barat
Berjemaah solat lima waktu
Membantu pula kerja-kerja akhirat

Menghadap paya sebelah barat
Mentari tenggelam di waktu petang
Membantu pula kerja-kerja akhirat
Kehadiran musuh tetap ditentang

Mentari tenggelam diwaktu petang
Kelihatan cantik di tepi laut
Kehadiran musuh tetap ditentang
Dengan Islam hati terpaut

Kelihatan cantik di tepi laut
Permandangan diwaktu dekat maghrib
Dengan Islam hati terpaut
Yakin dengan pertolongan ghaib

Permandangan di waktu dekat maghrib
Boleh dilihat penduduk dipantai
Yakin dengan pertolongan ghaib
Dicerugai pula munafik kutai

Boleh dilihat penduduk dipantai
Sampan nelayan mengharungi laut
Dicerugai pula munafik kutai
Dengan ghanimah hati terpaut

Sampan nelayan mengharungi laut
Mencari rezeki penuh tawakkal
Dengan ghanimah hati terpaut
Terlalu banyak menggunakan akal

Mencari rezeki penuh tawakkal
Tugas utama ketua keluarga
Terlalu banyak menggunakan akal
Nasib rakyat lupa dijaga

Tugas utama ketua keluarga
Mencari rezeki yang halal
Nasib rakyat lupa dijaga
Dalam kubur pasti disoal

Mencari rezeki yang halal
Menjadi kewajipan setiap muslim
Dalam kubur pasti disoal
Mudah dijawab orang alim

Menjadi kewajipan setiap muslim
Menuntut ilmu perlengkap diri
Mudah dijawab orang alim
Keredhaan Allah saja dicari

Menuntut ilmu perlengkap diri
Dari buaian hingga ke kubur
Keredhaan Allah saja dicari
Semasa di dunia tidak takabur


HMS ABU BAKAR


Tiada ulasan:

Catat Ulasan