Sabtu, 1 Ogos 2015

SELAMAT DI HARI PERTUNANGAN IBRAHIM & FUZANA

1 Ogos 2015
Pasangan yang bagus
Ibrahim Shahruddin
Fuzana Mokhtaza

II
16 Syawal 1436H
Nafsu elok dikawal
Dengan pegangan agama
Nabi Adam manusia pertama
Siti Hawa isteri yang setia
Dari kedua-duanya sekarang wujud berbagai bangsa
Bertutur pula berbilang bahasa
Jasa kedua ibubapa ingat sentiasa
Banyak berjasa
Terutama Allah Yang Maha Esa
Bersyukur tertentu hanya kepada-Nya
Didatangkan Quran membawa cahaya
Tugas Nabi s.a.w berjaya
Ramai pengikutnya
Menjadi ulama yang berupaya
Contoh terbaik kepada kita
Imam Syafie
Imam Al-Ghazali
Menghasilkan kitab-kitab berguna
Al-Uum
Al-Risalah
Ehya-Ulumuddin
Menghidupkan agama
Bila ini Ibrahim dan Fuzana sedari
Baru mantap hubungan suami-isteri
Mudahlah keredhaan dicari

III
Dihari pertunangan ini
Dipohon kepada Ilahi
Semoga semasa pertunangan
Malaikat akan menang
Dengan berzikir jiwa Ibrahim dan Fuzana jadi tenang

IV
Air sungai mengalir tenang
Berenang ikan berbagai jenis
Mendoakan kebaikan dihari bertunang
Nanti hidup berkeluarga tentulah manis




HMS Abu Bakar



Tiada ulasan:

Catat Ulasan