Jumaat, 7 Ogos 2015

PANTUN HAIRAN SYAITAN

Ikan pelata ikan duri
Jual di desa hari Selasa
Semasa hidup pahala dicari
Kepada rakyat menabur jasa

Jual di desa hari Selasa
Ramai peniaga datang berniaga
Kepada rakyat menabur jasa
Di akhirat menanti nikmat disyurga

Ramai peniaga datang berniaga
Harganya pula nampak berpatutan
Di akhirat menanti nikmat disyurga
Dengan mengatasi komplot syaitan

Harganya pula nampak berpatutan
Orang berpendapatan rendah membelinya
Dengan mengatasi komplot syaitan
Dari Quran mendapat cahaya

Orang berpendapatan rendah membelinya
Usaha berkebajikan dari peniaga-peniaga
Dari Quran mendapat cahaya
Menjadi asas ketahanan keluarga

Usaha berkebajikan dari peniaga-peniaga
Solat waktu biasanya berjemaah
Menjadi asas ketahanan keluarga
Pemimpin diatas pula beramanah

Solat waktu biasanya berjemaah
Mudah di surau dan di masjid
Pemimpin di atas pula beramanah
Hasil tarbiyah guru mursyhid

Mudah di surau dan di masjid
Selepas maghrib ada kuliah
Hasil tarbiyah guru mursyhid
Bergerak dalam sebuah jemaah

Selepas maghrib ada kuliah
Berbagai ilmu boleh dipelajari
Bergerak dalam sebuah jemaah
Keredhaan Allah mudah dicari

Berbagai ilmu boleh dipelajari
Tauhid, tassauf dan fekah
Keredhaan Allah mudah dicari
Dapat inspirasi dari Mekah

Tauhid, tassauf dan fekah
Ada Hadis dan sejarah
Dapat inspirasi dari Mekah
Berkembang Islam setelah hijrah

Ada Hadis dan sejarah
Diajar juga Tafsir Quran
Berkembang Islam setelah hijrah
Sehingga syaitan turut hairan



HMS Abu Bakar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan