Khamis, 6 Ogos 2015

MUKA TAK MALU

Dunia hari ni
Dipenuhi manusia yang berani
Berani memberi rasuah
Berani menerima rasuah
Sehingga pegawai-pegawai SPRM jadi gelisah
Kehidupan rakyat bawahan tetap susah
GST menaikkan harga
Merungut ramai keluarga
Iman susah dijaga
Godaan dunia semakin mencabar
Melihat iklan-iklan perdagangan menaikkan selera
Dosa pahala belakang kira
Duit RM2.6 bilion hanya derma
Kepada ketua kerajaan Malaysia
SPRM mengesahkannya
Tentu pemberinya kaya-raya
Elok kalau bantu sekolah-sekolah agama
Boleh mengembangkan ajaran Islam
Boleh berqamullail di waktu malam
Baru bertaqwa pimpinan Islam
Baru rasuah boleh dihapuskan
Baru pegawai-pegawai SPRM tak pening kepala



HMS Abu Bakar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan