Hari Sabtu
15 Ogos 2015
Bersamaan 30 Syawal 1436 Hijrah
Mendengar cerita IMDB ramai yang
marah
Terima RM2.6 bilion sebagai hadiah
Kata yang memerintah
Kata pihak bijakbistari itulah rasuah
Kata Rasulullah s.a.w
“Penerima rasuah masuk neraka”
“Pemberi rasuah masuk neraka”
Tempat paling celaka
Didunia bermuka-muka
Pejabat SPRM diserbu juga
Pegawai-pegawai yang beriman menanti
syurga
Lebih baik dari rumah besar
diPutrajaya
Rakyat prihatin dah tak percaya
Kalau hadiah?
Siapa pemberinya?
Wah! Begitu kaya
Kata orang Parit:-
One,
two, three, four
Satu,
dua, tiga, empat
Puak
perasuah berkereta besar
GST
orang kampung dapat
Oleh itu
Wahai umat Melayu yang berpuasa Ramadhan
Dari Nabi ambillah teladan
Sistem jahiliah wajib ditumbangkan
Budaya asobiyah hendak di
porak-perandakan
Dengan berbekalkan ilmu pengetahuan
Dengan memantapkan iman
Dengan membanyakkan amalan
Semua kita dalam perjalanan
Dari Taman Hiburan
Ke Tanah Perkuburan
Dalam kubur menanti beberapa soalan
Soalan pertama
Siapa songlap duit 1MDB?
Soalan kedua
Siapa arah Polis Serbu Pejabat SPRM?
Soalan ketiga
Adakah solat subuh berjemaah?
Jika jawapan kepada soalan ketiga: Ya
Tanda anda berjaya
Bermakna akan beralih Putrajaya
Bersukarialah dimajlis hariraya
Berkenal-kenallah diantara yang hadir
Ingat sajak Tun Mahathir
“Saya akan pergi tak lama lagi”
Untung lawannya rugi
Manusia ramai yang rugi
Firaun
Haman dan Qarun
Gandingan 3 segi:-
Buat tapai dari ragi
Tapai ubi dan pulut
Duit 2.6 bilion patut dibagi-bagi
Jangan seorang diri yang belot
Ini namanya pimpinan belot
Penerima BRIM hanya ikut
Dengar mati cukup takut
Berbeza dengan Jemaah di Surau
Al-Jamaiyah
Mereka beribadat kerana Allah
Dengannya parti syaitan akan kalah
Insya-Allah
HMS ABU BAKAR
Tiada ulasan:
Catat Ulasan