Jumaat, 21 Ogos 2015

PANTUN HAIRAN SYAITAN

Bunga raya berseri ditaman
Tumbuh dicelah mawar bercambah
Syarat memimpin perlukan iman
Baru nasib rakyat berubah

Tumbuh dicelah mawar bercambah
Datang kumbang menghisap madu
Baru nasib rakyat berubah
Agama jadi asas berpadu

Datang kumbang menghisap madu
Berlaku selepas naik mentari
Agama jadi asas berpadu
Mudah keredhaan Allah dicari

Berlaku selepas naik mentari
Kering kain yang dijemur
Mudah keredhaan Allah dicari
Beribadat selagi ada umur

Kering kain yang dijemur
Boleh dipakai untuk bersolat
Beribadat selagi ada umur
Bila berniaga tiada mengelat

Boleh dipakai untuk bersolat
Lima kali sehari semalam
Bila berniaga tiada mengelat
Mengikut kehendak ajaran Islam

Lima kali sehari semalam
Solat berjemaah pada setiap waktu
Mengikut kehendak ajaran Islam
Dengannya mudah umat bersatu

Solat berjemaah pada setiap waktu
Dipimpin imam yang beramanah
Dengannya mudah umat bersatu
Asasnya Quran dan Sunnah

Dipimpin imam yang beramanah
Hasil tarbiyah sekolah agama
Asasnya Quran dan Sunnah
Rakyat hidup kekal bekerjasama

Hasil tarbiyah sekolah agama
Diasaskan oleh ulama haraki
Rakyat hidup kekal bekerjasama
Bebas dari perasaan hasad dengki

Diasaskan oleh ulama haraki
Di Kedah, Trengganu dan Kelantan
Bebas dari perasaan hasad dengki
Hingga hairan golongan syaitan

Di Kedah, Terengganu dan Kelantan
Sekolah Pondok di sana sini
Hingga hairan golongan syaitan
Lahir ulama yang berani


HMS ABU BAKAR


Tiada ulasan:

Catat Ulasan