Setiap keturunan Adam
Ada yang diidam-idam
Lelaki
Inginkan perempuan
Ada tarikan
Badan yang berbentuk gitar
Tergoda mata
Dari mata turun ke hati
Wahai Cik Siti
Ramai lelaki meminati
Dipergunakan atau diperalatkan
Oleh media massa
Ada ruang khas bagi wanita
Yang jelita
Ikan
kembung ikan pelata
Dua
jenis ikan laut
Lelaki
tertarik dengan wanita
Dengan
kecantikan hati pun terpaut
Menyedari ini
Hollywood menghasilkan filem berahi
Bollywood mempamerkan pusat pelakon
wanita Hindustani
Dengan berpakaian sari
Naik semangat lelaki malbari
Ingin dijadikan isteri
Nilai ringgit rendah sekali
Harga barang-barang meningkat tinggi
Rakyat dikampung-kampung baru terasa
rugi
Dulu disangka GST OK
Sekarang bertukar K.O
Kata Melayu : “Jatuh terduduk”
Inilah nasib Pak Kaduk
Harapkan pemimpin
Pemimpin miang-miang keladi
BRIM dikatakan “Yang berbudi”
Membiar kedai-kedai judi
4 ekor
Sports Toto
Yang kaya
Tokeh-tokeh judi
Yang susah
Rakyat bawahan
Perlu diadakan tegahan
Asasnya ilmu pengetahuan
Baru buat suruhan
Baru tinggal tegahan
Baru ada harapan
Harapan baru yang menyegarkan
Harapan mahu ikut kepimpinan
berkebajikan
Inilah harapan rakyat
Harapan GST dihentikan
Harapan 1MDB diselesaikan secara
benar
Harapan adanya pertukaran
Dari yang lama
Kepada yang baru
Yang maaruf saja ditiru
Yang penipu dikorbankan
Dengan buat suruhan Allah
Dengan tinggalkan larangan Allah
Selesai segala masalah
Insya-Allah
HMS ABU BAKAR
Tiada ulasan:
Catat Ulasan