Selasa, 18 Ogos 2015

PANTUN MENGAIL IKAN

Air sungai mengalir tenang
Berenang berbagai jenis ikan
Orang kaya masih terkenang
Halalkah rezeki yang dimakan?

Berenang berbagai jenis ikan
Kaloi, baung dan seluang
Halalkah rezeki yang dimakan?
Semasa berkuasa direbut peluang

Kaloi, baung dan seluang
Mudah ditangkap dengan menjala
Semasa berkuasa direbut peluang
Kerja halal saja berpahala

Mudah ditangkap dengan menjala
Boleh juga dengan mengail
Kerja halal saja berpahala
Jauh pula bersifat bakhil

Boleh juga dengan mengail
Hanya perlu letakkan umpan
Jauh pula bersifat bakhil
Baru cerah masa hadapan

Hanya perlu letakkan umpan
Menanti saja ikan memakan
Baru cerah masa hadapan
Bila Sunnah Nabi diamalkan

Menanti saja ikan memakan
Perlu saja sentakkan kail
Bila Sunnah Nabi diamalkan
Menumbangkan penzalim bukanlah mustahil

Perlu saja sentakkan kail
Ikan itupun terbeliak mata
Menumbangkan penzalim bukanlah mustahil
Rakyat marhaen tentulah sukacita

Ikan itupun terbeliak mata
Bawa ke rumah terus digoreng
Rakyat marhaen tentulah sukacita
Tumbang pimpinan otak mereng

Bawa ke rumah terus digoreng
Makan tengahari bersama isteri
Tumbang pimpinan otak mereng
Mudah keredhaan Allah dicari

Makan tengahari bersama isteri
Selepas itu solat berjemaah
Mudah keredhaan Allah dicari
Diketuai pimpinan yang beramanah

Selepas itu solat berjemaah
Budaya ini ditunjukkan Nabi
Diketuai pimpinan yang beramanah
Tegas menghadapi kafir Harbi


HMS ABU BAKAR


Tiada ulasan:

Catat Ulasan