Sabtu, 8 Ogos 2015

PERGILAH…PERGILAH

“Aku akan pergi tak lama lagi”
Keluhan seorang bekas berpangkat tinggi
Sedar hanya Allah Maha Tinggi
Dalam hati tentu tak mahu rugi
Kalau dulu duduk di rumah Perdana Menteri
Dalam kubur belum tahu lagi
Dalam hati kecilnya masih mahu mencampuri hal-hal politik dalam negara
Dia lihat banyak tak kena
Contoh terkini
Macam mana duit RM2.6 bilion masuk ke akaun peribadi P.M?
Ini bukan seringgit dua ringgit
Yang menjadi harapan penoreh getah di kampung-kampung
Harga gula sekilo pun dah payah hendak dibeli
Rokok nipah pun naik harga
Tiba-tiba si tua terfikir
Bolehkah aku masuk syurga?
Hati kecilnya berkata:
“Susah agaknya”
Tapi katanya lagi Allah itu Maha Pengampun
Allah boleh ampunkan dosa-dosaku menumbangkan PM pertama
Orang Kedah juga
Seorang anak raja
Tengku Abdul Rahman yang demokratik
Hati kecilnya mengakui
Tengku seorang berjiwa besar
“Sepatutnya aku ditahan oleh ISA”
Tapi Tengku berkata
“Biarpilah anak keling itu”
Dari tak ditahan ISA aku pula menjadi PM ke empat
Aku berkuasa selama 22 tahun
Cucu ulama mengambil tempatku
Dia hidup bahagia dengan isteri keduanya
Sekarang didepanku PM ke enam
Negara akan jahanam
Rakyat bertambah marah
Dalam keadaan sebegini
Situa terus menyusun strategi
Supaya anaknya jadi PM di masa mendatang
Inilah angan-angan
Seorang mantan PM
Supaya kuasa tetap berada ditangan darah
Dari benua India
Dari negeri bernama Kerala
Semoga sebelum pergi terus mengumpul pahala



HMS Abu Bakar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan