Jumaat, 14 Ogos 2015

NASIB PENERIMA DERMA

Derma
Diberi kerana suruhan agama
Menyelamatkan negara tugas bersama
Hidup didunia bukannya lama
RM2.6 bilion akan habis juga
Dibahagi-bahagikan kepada kroni dan keluarga
Menantikah syurga?
Pimpinan curang susah agaknya
Muka pula tak ada cahaya
Bibir saja merah nampaknya
Diminati ramai betina
Ada dari Argentina
Ada dari Guiena
Tanpa iman semuanya hina
Duit RM2.6 bilion tidak berguna
Bagi manusia terus berusaha
Membangunkan pribadi mulia
Dengan wang yang halal
Dalam kubur boleh jawap apa yang disoal
Bagi yang terima derma lumayan
Kasihan
Menanti seksaan berpanjangan
Oleh itu
Buatlah suruhan
Jauhilah larangan
Di akhirat menanti kemenangan


HMS ABU BAKAR

Tiada ulasan:

Catat Ulasan