Isnin, 17 Ogos 2015

BERCUTILAH SEGERA

Kata Nabi s.a.w
“Bila baik ulama dan umarak baik maka baiklah negara”
Suasana ini perlu diwujudkan segera
Ulama yang dimaksudkan
Ialah ulama berilmu dan cintakan akhirat
Contoh klasik
Imam Syafie
Imam Al-Ghazali
Buku-buku mereka elok kita beli
Al-Umm
Al-Risalah
Ehya Ulumudddin
Seterusnya buku-buku ini dibaca
Difahami
Dan diamalkan suruhannya
Terutama yang berkuasa diPutrajaya
Baru duit RM2.6 bilion diserahkan kepada negara
Ini tanda umarak yang bijaksana
Mudah masyarakat madani dibina
GST tidak lagi berguna
1MDB membawa bala
Dosa pula berjela-jela
Nasib rakyat tak terbela
Ini tanda pimpinan tak guna
Dunia dan akhirat hina
Oleh itu
Bertaubatlah segera
Rehatkan diri
Ambil cuti panjang
Beli tiket kapalterbang
Lakukan umrah
Baik sekali naik haji

Nanti rakyat akan puji


HMS ABU BAKAR


Tiada ulasan:

Catat Ulasan