Ahad, 17 Julai 2011

TOLAK PENGARUT

BERSIH 2.0  sambut PM Najib di London


Kuala Lumpur
Hari Sabtu
9 Julai 2011
Di setiap penjuru ada sekatan polis
Di arah tutup kedai-kedai perniagaan
Warna kuning bahan larangan
Baju kuning BERSIH dianggap bahaya
Boleh kuasi Putrajaya
Walaupun disekat
Walaupun dikawal ketat
Penyokong-penyokong pula bersemangat
Betul-betul patriot
Betul-betul warganegara prihatin
Mahu selamatkan negara
Daripada pengkhianat-pengkhianat
Berselaputkan Ketuanan Bangsa
Daripada slogan kosong
"Pertahankan Demokrasi"
Terus merebak korupsi
Rakyat sudah mengerti
Erti demokrasiPilihanraya mesti bersih
SPR mesti berkecuali
Institusi-institusi awam
Perlu lebih profesional
Melalui BERSIH 2.0 rakyat dah kenal
Tolak pimpinan bebal


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Syaaban1432/Julai2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan