Rabu, 20 Julai 2011
1 TUJUAN
Perasuah
Hidup mewah
Membenci dakwah
Masjid mahu dikuasai
Mahu sekat majlis pengajian
Mahu orang Melayu terus jahil
Jahil tentang bersih
Bergelumbang dengan manusia kotor
Kotor dianggap bersih
Bersih dianggap kotor
Melihat kuning terketar-ketar
Roda hidup terus berputar
Putrajaya akan bertukar
Terbenam golongan mungkar
Terbenam puak ketuanan bangsa
Demi masa
Manusia berada dalam kerugian
Berfahaman perkauman
Membiarkan kezaliman
Merestui penyelewengan
Kerajaan Pusat bertukar tangan
BERSIH ada peranan
India, Cina dan Melayu boleh berkawan
Menegakkan kebenaran
Melakukan perubahan
Mentadbir penuh keadilan
Ditutup banyak jalan
Diarah kedai tutup perniagaan
Demonstran-demonstran tak hairan
Disembur air pemedih mata tak hairan
Hanya satu tujuan
Pilihanraya bersih dan aman
HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Syaaban1432/Jul2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan