Ahad, 31 Julai 2011

MENYAMBUT RAMADHAN 1432H



Malam
31 Julai 2011
Mulai solat tarawih
Membawa hati bersih
Baju Melayu kuning pun boleh
Mahu beramal soleh
Mahu dapat puasa khusus
Maqam puasa
Peringkat kedua
Tahun ini
Mahu lupakan puasa orang awam
Ini puasa peringkat terendah
Berpuasa aurat tetap terdedah
Mata melihat benda-benda yang haram
Yang merosakkan pahala puasa
Depan TV sentiasa
Tonton semua program
Habis masa begitu saja
Nafsu masih jadi raja
Tipu dalam pilihanraya
Mahu kekal di PutraJaya
Penasihat Yahudi masih percaya
Ayat 120 Surah Al- Baraqah
Ambil tak indah saja
Beli cincin berjuta-juta ringgit
Kumpul duit daripada kecil
'Impossible " kata Napoleon
Disembur gas pemedih mata
Para demonstran tak harian
Yang penting pertukaran kerajaan
Baru gerombolan penzalim menjerit
Bangsa kita akan tersepit
Dengan keris kita bangkit
Elok bangun sahur
Iman boleh subur
Ingat seksa kubur
Bertaubat jalan keluar
Daripada Ramadhan 1432 ini
Bertaubat seikhlas hati
Ramai rakan-rakan dah mati
Puasa kali ini perlu berkualiti
Majlis tazkirah dinanti-nanti
Bawa buku nota
Catit semua isi tazkirah
Kepada Allah berserah
Terus berhijrah
Tinggalkan perkauman sempit
Besarkan kubur
Dengan iman
Dengan ilmu
Dengan amal soleh
Dengan jihad bersama jemaah
Dibawah pemimpin beramanah
Pasit kerajaan Pusat berubah
Masyarakat majmuk dapat faedah
Bersyukur rakyat tak sudah-sudah
Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Syaaban1432/Jul2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan