Rabu, 27 Julai 2011

PANTUN UNTUK DR LO' LO'



Berwarna-warni burung merak
   Mengembang sayap setiap hari
Berasal dari Sungai Perak
   Ketokohan Lo' Lo' susah dicari

Pergi ke kebun mengait rambutan
   Dapat sebiji warna merah
Lo' Lo' lulus ilmu perubatan
   Semangat juangnya berteraskan hijrah 

Bertelur besar seekor angsa
   Disangka kanak-kanak sebiji bola
Bila UMNO kalah di Titiwangsa
   Penyokong Lo' Lo' dapat pahala

Sarapan pagi makan bihun
   Makan bersama seisi keluarga
Daripada Allah kita memohon
   Supaya Lo' Lo' dimasukkan ke syurga


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Syaaban1432/Jul2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan