Sabtu, 30 Julai 2011

MENGENAL DIRI SENDIRI



Mengenal diri sendiri
Adalah jauh lebih mendesak sekarang
Dibanding kesibukan-kesibukan
Yang mengasingkan daripada dirimu sendiri
Ilmu pengenalan perlu dicari
Daripada Al-Quran dibentuk diri
Baru hak rakyat tidak dicuri
Baru bermakna demokrasi
Bebas daripada korupsi
Bebas daripada konspirasi
Bebas daripada ekonomi kroni
Bebas daripada penguasaan Maharani
Beli cincin dari luar negara
Cukai kastam dilepasi
Khazanah negara yang rugi
Bila mati pasti rugi
Azab yang pedih
Di dunia takutkan Bersih
Di dunia suka yang kotor
Di dunia anti warna kuning
Di dunia menzalimi rakyat
Sedar-sedar rakyat berpakat
Kuasa hampir tamat
Malaikat maut pun dekat
Majlis ilmu baru nak dekat
Semuanya terlambat
Dalam kubur kena sebat
Balasan bagi pengkhianat-pengkhianat


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Syaaban1432/Jul2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan