Sabtu, 16 Julai 2011

9 JULAI 2011



9 Julai
Hati gerombolan perkauman terkulai
Rakyat tidak lagi lalai
Mahu pilihanraya bersih
Bersih daripada tipu daya
Boleh kuasai Putrajaya
Baru penjenayah-penjenayah didakwa
Diuruskan Peguam Negara yang wibawa
Sedar kewajipan yang berat
Pendakwaan mesti ada bukti kukuh
Bebas daripada konspirasi
Bebas daripada korupsi
Dengan rezeki halal perut diisi
Baru hidup bermotivasi
Baru minat puisi
"ulat bulu panjat durian
sokong penzalim menanggung kerugian"



II

9 Julai
Di Kuala Lumpur
Sekatan jalan di sana sini
Perhimpunan BERSIH 2.0 digeruni
Di takuti kroni-kroni
Dikuasai oleh bini
Hidup macam maharani
Beli berlian berjuta-juta ringgit
Rakyat jelata terus menderita
Kos hidup melambung tinggi
Kerajaan Pusat perlu diganti
Sedang menanti
Pimpinan berkualiti
Bebas daripada korupsi
Bebas daripada penyelewengan
Ini yang rakyat kehendaki
Bila bersih pilihanraya
Bila berkualiti SPR
Bila profesional PDRM
Bila bertaqwa SPRM
Bila bersih institusi-institusi awam
Bila kehendak demokrasi rakyat faham
Parti-parti perkauman pasti tenggelam
Seperti kapal 'Titanic' di lautan dalam


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Syaaban1432/Julai2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan