Isnin, 18 Julai 2011

PERTAHAN DEMOKRASI



I

"Pertahan Demokrasi"
Melalui ucapan tanpa isi
Melalui cakap tak serupa bikin
Penyokong BERSIH tak yakin

II

"Pertahan Demokrasi"
Melalui korupsi
Melalui ekonomi kroni
Dikuasai bini
Shopping ke luar negeri
Beli berlian
Bernilai jutaan ringgit
Hidup rakyat perit
"Tembak" FRU menjerit
Pedih mata penyokong BERSIH
Turun hujan serta merta
Mencuci mata
Menuju Stadium Merdeka
Kuasawan sedang leka
Niagawan cari projek saja
Murbawan hidup derita
Dengar BERSIH 2.0 buka mata
Disembur air pemedih mata
Tetap satu cita-cita
Pilihanraya bersih tujuan utama
Tiga bangsa bekerjasama
Di Kuala lumpur buktinya
Turun India, Melayu dan Cina
Mahu selamatkan negara
Daripada manusia penyalahguna kuasa
9 Julai 2011
Rakyat prihatin bersatu
Menuntut pilihanraya bersih
Inilah cara
Inilah jalan
Pertahan demokrasi
Bukan dengan keris telanjang
Bukan dengan dasar Ketuanan Melayu
Tapi ikut hukum


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Syaaban1432/Jul2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan