Rabu, 13 Julai 2011

KULIAH DHUHA BERTUKAR TEMPAT

Tuan Haji Sufian mantan pengerusi Al-Aulia bersama Datuk Yeop Adlan


Hari Isnin
9 Syaaban 1432 Hijrah
Kuliah Dhuha pun berhijrah
Dari Masjid Al-Aulia, Tembok
Ke Surau Al-Ittihadiah
Taman Che Wan
Masjid Al- Aulia telah ditawan
Gerombolan perkauman
Dapat sokongan
Puak atasan
Puak agamawan
Berhenti majlis-majlis pengajian
Banyak jasa Haji Sufian
Masa dan wang dikorbankan
Untuk memartabatkan iman
Untuk menyebarkan ilmu pengetahuan
Irihati agen-agen syaitan
Melihat kemajuan
Kuliah Dhuha sejak tahun 2007
Mengembang sayap ke Kemboja dan Vietnam
Rupa-rupanya syaitan tidak berpeluk tubuh
Dikumpul golongan keduniaan dari
Kalangan agamawan
Dijanjikan kebendaan
Dirancang rompakan
Tutup di Al-Aulia
Tempat baru dikenalpasti
Memiliki kemudahan
Selesai berpindah sebelum jam 12 tengahari
Ilmu terus dicari
Bimbingan Ustaz Wan Ahmad Tarmizi
Pengajian diteruskan
Mulai hari Selasa
10 Syaaban 1432 Hijrah
Bersamaan 11 Julai 2011
Peserta Kuliah Dhuha tetap bersatu
Tujuannya satu
Beramal
Berteraskan ilmu
Berdasarkan
Al-Quran dan As-Sunnah
Dengan iman dan istiqamah


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Syaaban1432/Julai2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan