Jumaat, 29 Julai 2011
PANTUN GOLONGAN CERDIK
Berjalan-jalan di Bukit Tinggi
Singgah memetik bunga kemboja
Ada orang di akhirat rugi
Kata penzalim ikut saja
Nyiur muda dibuat pengat
Mari dimakan bulan puasa
Penentang BERSIH zalim sangat
Memakai kuning dianggap berdosa
Pokok terap tumbuh di bukit
Belat berbanjar panjang ke hulu
Penyokong BERSIH bukan sedikit
Menyatakan kebenaran tidak malu
Pukul gendang bermain raga
Raga dibawa dari muara
Apa tanda kebajikan rakyat dijaga
Kebersihan pilihanraya diambil kira
Rumah kecil tiang seribu
Rumah besar tiang sebatang
Terserlah ketokohan Mat Sabu
Kezaliman pemerintah berani tentang
Sampan kotak hilir mudik
Dayung patah galang sebatang
Menyokong BERSIH golongan cerdik
Jiwa kotor saja menentang
Terbang buluh lalang berpaut
Batang lurus dibuat titi
Ajakkan BERSIH rakyat ikut
Walaupun seorang peserta mati
Tikar pucuk tikar mengkuang
Alas nikah raja Melayu
Ada dipukul ada ditendang
Semangat peserta tidak layu
Asap api embun berderai
Patah galah haluan perahu
Parti perkauman hampir berkecai
Kehendak remaja mereka tak tahu
Anak punai anak merbah
Hinggap ditonggok mencari sarang
Golongan muda ingin berubah
Dekatilah mereka dari sekarang
Anak tiung di dahan kayu
Hendak makan buah berangan
Ada media rosakkan Melayu
Disuruh buat benda larangan
Berdesir angin dirumpun bambu
Sayup terdengar di waktu pagi
Penyokong BERSIH beratus ribu
Menegakkan keadilan tidaklah rugi
HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Syaaban1432/Jul2011
Labels:
PANTUN GOLONGAN CERDIK
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan