Khamis, 21 Julai 2011

MENTERI BERJIWA RAKYAT



Menteri
Sesiapa pun boleh jadi Menteri
Perlu ada kerusi
Perlu jadi Ahli Parlimen
Di peringkat Pusat
Partinya menguasai kerusi
Ahli-ahli Dewan Rakyat
Boleh juga daripada Senat
Ahli Dewan Negara
Ahli Dewan Rakyat
Kedua-duanya boleh jadi Menteri
Rugi yang takutkan isteri
Isteri tak bertudung tak berani tegur
Isteri menari poco-poco ikut sama
Isteri beli intan berlian diam saja
Nafsu jadi raja
Cari duit kerja Menteri
Belanja untuk negara
Daripada korupsi memiliki harta
Daripada harta boleh kekalkan kuasa
Boleh menang pilihanraya
Dengan tipu daya
Boleh kuasai Putrajaya
Rakyat ada jalanraya
Rakyat ada perut saja
Bila bersatu rakyat
Ratusan ribu boleh berkumpul
Inginkan kebersihan
Bersihkan pilihanraya
Baru jadi Menteri berwibawa
Tentu rakyat suka


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Syaaban1432/Jul2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan