Rabu, 20 Julai 2011

ADA BUKTI



Ada yang berkata
Ada bukti
Kuasawan tak berkualiti
Jalan mungkar jadikan titi
Lupa suatu hari akan mati
Mahu bersihkan hati
Mahu pilihanraya pun bersih
Mahu beramal soleh
Mahu taubat diterima
Dengan jemaah mahu bekerjasama
Harap-harap diampunkan dosa
Dosa menyalahguna kuasa
Tipu anak bangsa
Anaktirikan bahasa ibunda
Lupa perkara 152
Perlembagaan Persekutuan
Jadi seperti
'ulat bulu panjat durian
sedap dulu rugi kemudian"


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Syaaban1432/Jul2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan