Jumaat, 15 Julai 2011

KAMI PUN HAIRAN



Hari Sabtu
Jiwa-jiwa bersih bersatu
Mahu sistem pilihanraya bermutu
Mula-mula hapuskan undi hantu
Guna dakwat kekal
Diterima rakyat yang waras akal
Bebas daripada niat jahat
Dengan Allah tetap bertawakal
Untuk akhirat sediakan bekal
Iman dan istiqamah
Bila memimpin beramanah
Bila berkuasa dijauhi rasuah
Sediakan rumah bawah tanah
Dengan mengikuti sunnah
Buat suruhan
Tinggal larangan
Elak menipu rakyat
Memberi Mykad kepada pendatang asing
Melanggar Perlembagaan
Warga asing pun hairan
Tiba-tiba diberi kad pengenalan
Undi kami tetap rahsia
Kenal siapa berpura-pura
Siapa ulama berwibawa
Siapa ulama jahat
Sokong bila duit dapat
Lupa malaikat catat
Dosa pun dapat
Rugi di akhirat
Rugi yang amat sangat


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Syaaban1432/Jul2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan