Selasa, 5 Julai 2011
INGATAN ISRAK dan MIKRAJ
Ramai
Manusia di Mekah waktu
kurun ke 7 masehi
Termasuk :
Muhammad bin Abdullah
Kekasih Allah
Yang dituduh pemecahbelah
Dimatikan Allah
Dua penyokong kuat
Nabi Muhammad s.a.w
Satu kafir satu Islam
Abu Talib bin Abdul Mutalib
Siti Khatijah
Nabi sedih dan gelisah
Dalam keadaan tidak menentu
Di suatu malam
Dari Masjidil Haram
Nabi diperjalankan
Dari Mekah ke Palestin
Dari Masjidil Aqsa
Ke Sidatulmuntaha
Nabi diperlihatkan
Perkara-perkara menakjubkan
Ditugaskan solat lima waktu
Dengan solat berjemaah
Umat Islam boleh bersatu
Dengan meyakini wahyu
Boleh maju Melayu
Bersih hati kalbu
Beriman dan istiqamah
Benar dan amanah
Pemimpin adil disukai Allah
Pemerintahannya adil
Bersih
Dalam ucapan dan perbuatan
Jadikanlah ikatan
Iman, Islam dan Ehsan
HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Syaaban1432/Julai2011
Labels:
INGATAN ISRAK dan MIKRAJ
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan