Rabu, 27 Julai 2011

DR LO'LO' DALAM KENANGAN



Harimau mati meninggalkan belang
Manusia mati meninggalkan nama
Berjuang pula
Mendatangkan pahala
Buat kerja berkaitan agama
Datang daripada kalangan profesional
Kuasa Allah mereka kenal
Ini tanda orang berakal
Berani berhadapan gerombolan nakal
Daripada ayahanda Mohd Ghazali
Memegang jawatan Mufti
Mahu anak perempuannya
Hidup berkualiti
Melalui pelajaran kedoktoran
Jadilah
Lo' Lo' Doktor Perubatan
Di Parlimen Titiwangsa
Mewakili Pakatan
Berhadapan karenah-karenah syaitan
Y.B Dr Lo' Lo' berkebolehan
Kebajikan orang Kampung Baru diperjuangkan
Melalui Dewan Rakyat
Melalui aktiviti-aktiviti kawasan
Dibantu juga oleh Briged Titiwangsa
Daripada kalangan profesional-profesional muda
Bekerja secara sukarela
Membantu Ahli Parlimen Titiwangsa
Walaupun sakit Lo' Lo' tetap menabur jasa
Bukan saja untuk satu bangsa tapi
Untuk semua warga
Yang memerlukan bantuan dan pertolongan
Mengingati kematian Dr Lo' Lo' airmata pun berlinangan


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Syaaban1432/Jul2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan