Isnin, 25 Julai 2011

OH TUHAN SELAMATKAN PALESTIN



Palestin
Terkenal namamu
Sejak dulu
Tempat nabi-nabi berjuang
Ada yang terbilang
Semangat juang
Tak pernah hilang
Tanah pejuang-pejuang
Tiga agama bersaing
Yahudi
Kristian dan Islam
Daripada Ibrahim a.s
Daripada Musa a.s
Daripada Isa a.s
Berjuang siang dan malam
Israk Mikraj juga di waktu malam
Solat lima waktu jadi kewajiban
Cerah masa depan
Bagi Palestin
Bila intelekual Barat menerima Islam
Bila Islam jadi wadah rakyat Palestin
Berjuang
Dengan iman dan istiqamah
Hidupkan sunnah
Nescaya Zionis musnah
Bila pemimpin bersih dan beramanah
Oh Palestin
Oh Allah
Berilah kemenangan kepada
Umat Islam di Palestin
Amin....amin..


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Syaaban1432/Jul2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan