Selasa, 26 Julai 2011

DIMALUKAN DI ISTANA RAJA INGGERIS



Bila menguasai
Demokrasi
Bila perut saja diisi
Melalui korupsi
Dijatuhkan musuh politik dengan konspirasi
Liwat 1 dan 11
Perancang-perancang terus kecewa
Video seks lucah isu ketiga
Disebarkan luas oleh media massa
Menontonnya berdosa
Menyalahguna kuasa
Gunakan institusi-institusi awam
Diperuntukkan
Dalam Perlembagaan
Perkara 132
Sendiri boleh baca
Pakai baju kuning dicerca
Depan Ratu Elizabeth
Di Istana Buckingham
Di London
Diperlihatkan Allah warna kuning
Yang jelas dan nyata
Di seluruh dunia bercerita
Perhimpunan BERSIH 2.0 berjaya
Mahu bersih perjalanan pilihanraya
Baru berwibawa bila kuasai Putrajaya
Ini harapan golongan remaja
Daripada kalangan Melayu, India dan Cina
Daripada kaum lain juga
Mahu hidup bahagia
Di dunia yang sementara


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Syaaban1432/Jul2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan