Khamis, 21 Julai 2011

KRITIKLAH DIRI SENDIRI

siapa makan cili terasa pedasnya


Mencari kawan
Mempengaruhi manusia
Dua tugas mulia
Jadikanlah sebagai cita-cita
Jadikan juga sebagai cerita
Boleh menghilangkan derita
Boleh menghapuskan sakit jiwa
Ke akhirat dosa dibawa
Ingatlah pejuang-pejuang ketuanan bangsa
Bangsa sendiri merosakkan bahasa
Bangsa sendiri menyalahguna kuasa
Lupa peredaran masa
Lupa Allah Maha Kuasa
Menghidup
Mematikan kita
Dalam kubur pula menderita
Bagi si pendusta
Bagi lidah tak bercabang
Sesama sendiri tumbang-menumbang
Di majlis ilmu agama
Hadirkan diri
Eloklah muhasabah diri
Eloklah betulkan diri
Sebenarnya kritik itu menyelamatkan diri
Bila keredhaan Allah dicari
Di akhirat menanti saja bidadari
Nikmatnya tidak terperi
Syukur pada Ilahi


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Syaaban1432/Jul2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan