Ahad, 31 Julai 2011
MENYAMBUT RAMADHAN 1432H
Malam
31 Julai 2011
Mulai solat tarawih
Membawa hati bersih
Baju Melayu kuning pun boleh
Mahu beramal soleh
Mahu dapat puasa khusus
Maqam puasa
Peringkat kedua
Tahun ini
Mahu lupakan puasa orang awam
Ini puasa peringkat terendah
Berpuasa aurat tetap terdedah
Mata melihat benda-benda yang haram
Yang merosakkan pahala puasa
Depan TV sentiasa
Tonton semua program
Habis masa begitu saja
Nafsu masih jadi raja
Tipu dalam pilihanraya
Mahu kekal di PutraJaya
Penasihat Yahudi masih percaya
Ayat 120 Surah Al- Baraqah
Ambil tak indah saja
Beli cincin berjuta-juta ringgit
Kumpul duit daripada kecil
'Impossible " kata Napoleon
Disembur gas pemedih mata
Para demonstran tak harian
Yang penting pertukaran kerajaan
Baru gerombolan penzalim menjerit
Bangsa kita akan tersepit
Dengan keris kita bangkit
Elok bangun sahur
Iman boleh subur
Ingat seksa kubur
Bertaubat jalan keluar
Daripada Ramadhan 1432 ini
Bertaubat seikhlas hati
Ramai rakan-rakan dah mati
Puasa kali ini perlu berkualiti
Majlis tazkirah dinanti-nanti
Bawa buku nota
Catit semua isi tazkirah
Kepada Allah berserah
Terus berhijrah
Tinggalkan perkauman sempit
Besarkan kubur
Dengan iman
Dengan ilmu
Dengan amal soleh
Dengan jihad bersama jemaah
Dibawah pemimpin beramanah
Pasit kerajaan Pusat berubah
Masyarakat majmuk dapat faedah
Bersyukur rakyat tak sudah-sudah
Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah
HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Syaaban1432/Jul2011
Labels:
MENYAMBUT RAMADHAN 1432H
PANTUN ORANG BARAT PUN BERMINAT
Padi segemal kepuk di hulu
Sireh di hilir merakap junjungan
Kerja maaruf buatlah selalu
Mengawal nafsu adalah perjuangan
Pokok terap tumbuh di bukit
Belat berbanjar panjang ke hulu
Infakkan wang walaupun sedikit
Menghapuskan dosa yang lalu
Pukul gendang bermain raga
Raga dibawa dari muara
Dengan agama didiklah keluarga
Datang Ramadhan hatipun gembira
Rumah kecil tiang seribu
Rumah besar tiang sebatang
Dengan zikir kuatlah kalbu
Kerja mungkar tetap ditentang
Sampan kotak hilir mudik
Dayung patah galah sebatang
Penyokong maaruf manusia cerdik
Kebejatan penzalim mereka tentang
Tebang buluh lalang berpaut
Batang lurus dibuat titi
Warna kuning mengapa takut
Tanda kotor di dalam hati
Air dalam bertambah dalam
Hujan di hulu belumlah reda
Bila Barat minatkan Islam
Gagal orientalis punya propaganda
Asap api embun berderai
Patah galah haluan perahu
Perhimpunan BERSIH terpaksa bersurai
Kebaikannya rakyat jelata tahu
HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Syaaban1432/Jul2011
Labels:
PANTUN ORANG BARAT PUN BERMINAT
Sabtu, 30 Julai 2011
MENGENAL DIRI SENDIRI
Mengenal diri sendiri
Adalah jauh lebih mendesak sekarang
Dibanding kesibukan-kesibukan
Yang mengasingkan daripada dirimu sendiri
Ilmu pengenalan perlu dicari
Daripada Al-Quran dibentuk diri
Baru hak rakyat tidak dicuri
Baru bermakna demokrasi
Bebas daripada korupsi
Bebas daripada konspirasi
Bebas daripada ekonomi kroni
Bebas daripada penguasaan Maharani
Beli cincin dari luar negara
Cukai kastam dilepasi
Khazanah negara yang rugi
Bila mati pasti rugi
Azab yang pedih
Di dunia takutkan Bersih
Di dunia suka yang kotor
Di dunia anti warna kuning
Di dunia menzalimi rakyat
Sedar-sedar rakyat berpakat
Kuasa hampir tamat
Malaikat maut pun dekat
Majlis ilmu baru nak dekat
Semuanya terlambat
Dalam kubur kena sebat
Balasan bagi pengkhianat-pengkhianat
HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Syaaban1432/Jul2011
Labels:
MENGENAL DIRI SENDIRI
BAHARUDDIN AHMAD PELOPOR KITA
![]() |
Allahyarham Baharuddin Ahmad, 56,yang meninggal dunia di Perhimpunan Bersih 2.0 |
Minum teh bersama rakyat
Sampaikan juga maklumat
Rejim zalim akan tamat
Dengan kehendak rakyat
Daripada yang bermaklumat
Tutur kata Pak Samad cukup cermat
Puisinya memikat
Maknanya tepat
Gas pemedih mata peserta Bersih dapat
Kemasukan ke bandaraya K.L disekat
Beribu-ribu memakai baju keramat
Warna kuning yang memikat
Marina Mahathir pun terpikat
Merasai gelombang BERSIH dari dekat
Bersama-sama rakyat
Hilang penat
Kepuasan hatipun dapat
Rakyat jelata boleh berpakat
Membawa berkat
Hidup bermatlamat
Pilihanraya Bersih boleh dapat
Dengan keringat
Dengan Baharuddin Ahmad menemui kiamat
Semoga syahid beliau dapat
HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Syaaban1432/Jul2011
Labels:
BAHARUDDIN AHMAD PELOPOR KITA
Jumaat, 29 Julai 2011
PANTUN GOLONGAN CERDIK
Berjalan-jalan di Bukit Tinggi
Singgah memetik bunga kemboja
Ada orang di akhirat rugi
Kata penzalim ikut saja
Nyiur muda dibuat pengat
Mari dimakan bulan puasa
Penentang BERSIH zalim sangat
Memakai kuning dianggap berdosa
Pokok terap tumbuh di bukit
Belat berbanjar panjang ke hulu
Penyokong BERSIH bukan sedikit
Menyatakan kebenaran tidak malu
Pukul gendang bermain raga
Raga dibawa dari muara
Apa tanda kebajikan rakyat dijaga
Kebersihan pilihanraya diambil kira
Rumah kecil tiang seribu
Rumah besar tiang sebatang
Terserlah ketokohan Mat Sabu
Kezaliman pemerintah berani tentang
Sampan kotak hilir mudik
Dayung patah galang sebatang
Menyokong BERSIH golongan cerdik
Jiwa kotor saja menentang
Terbang buluh lalang berpaut
Batang lurus dibuat titi
Ajakkan BERSIH rakyat ikut
Walaupun seorang peserta mati
Tikar pucuk tikar mengkuang
Alas nikah raja Melayu
Ada dipukul ada ditendang
Semangat peserta tidak layu
Asap api embun berderai
Patah galah haluan perahu
Parti perkauman hampir berkecai
Kehendak remaja mereka tak tahu
Anak punai anak merbah
Hinggap ditonggok mencari sarang
Golongan muda ingin berubah
Dekatilah mereka dari sekarang
Anak tiung di dahan kayu
Hendak makan buah berangan
Ada media rosakkan Melayu
Disuruh buat benda larangan
Berdesir angin dirumpun bambu
Sayup terdengar di waktu pagi
Penyokong BERSIH beratus ribu
Menegakkan keadilan tidaklah rugi
HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Syaaban1432/Jul2011
Labels:
PANTUN GOLONGAN CERDIK
Khamis, 28 Julai 2011
SESAT JALAN
Gerombolan perkauman
Sesat jalan
Fikir hanya keduniaan
Fikir hanya kebendaan
Kurang ilmu pengenalan
Bergelora nafsu kebinatangan
Buat segala larangan
Rasuah
Penyalahguna kuasa
Lupa peredaran masa
Sedar bila hilang kuasa
Sangka diri perkasa
Bangga dengan ketuanan bangsa
Dalam kubur menanti seksa
HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Syaaban1432/Jul2011
Labels:
SESAT JALAN
Rabu, 27 Julai 2011
DR LO'LO' DALAM KENANGAN
Harimau mati meninggalkan belang
Manusia mati meninggalkan nama
Berjuang pula
Mendatangkan pahala
Buat kerja berkaitan agama
Datang daripada kalangan profesional
Kuasa Allah mereka kenal
Ini tanda orang berakal
Berani berhadapan gerombolan nakal
Daripada ayahanda Mohd Ghazali
Memegang jawatan Mufti
Mahu anak perempuannya
Hidup berkualiti
Melalui pelajaran kedoktoran
Jadilah
Lo' Lo' Doktor Perubatan
Di Parlimen Titiwangsa
Mewakili Pakatan
Berhadapan karenah-karenah syaitan
Y.B Dr Lo' Lo' berkebolehan
Kebajikan orang Kampung Baru diperjuangkan
Melalui Dewan Rakyat
Melalui aktiviti-aktiviti kawasan
Dibantu juga oleh Briged Titiwangsa
Daripada kalangan profesional-profesional muda
Bekerja secara sukarela
Membantu Ahli Parlimen Titiwangsa
Walaupun sakit Lo' Lo' tetap menabur jasa
Bukan saja untuk satu bangsa tapi
Untuk semua warga
Yang memerlukan bantuan dan pertolongan
Mengingati kematian Dr Lo' Lo' airmata pun berlinangan
HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Syaaban1432/Jul2011
Labels:
DR LO'LO' DALAM KENANGAN
PANTUN UNTUK DR LO' LO'
Berwarna-warni burung merak
Mengembang sayap setiap hari
Berasal dari Sungai Perak
Ketokohan Lo' Lo' susah dicari
Pergi ke kebun mengait rambutan
Dapat sebiji warna merah
Lo' Lo' lulus ilmu perubatan
Semangat juangnya berteraskan hijrah
Bertelur besar seekor angsa
Disangka kanak-kanak sebiji bola
Bila UMNO kalah di Titiwangsa
Penyokong Lo' Lo' dapat pahala
Sarapan pagi makan bihun
Makan bersama seisi keluarga
Daripada Allah kita memohon
Supaya Lo' Lo' dimasukkan ke syurga
HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Syaaban1432/Jul2011
Labels:
PANTUN UNTUK DR LO' LO'
Selasa, 26 Julai 2011
DIMALUKAN DI ISTANA RAJA INGGERIS
Bila menguasai
Demokrasi
Bila perut saja diisi
Melalui korupsi
Dijatuhkan musuh politik dengan konspirasi
Liwat 1 dan 11
Perancang-perancang terus kecewa
Video seks lucah isu ketiga
Disebarkan luas oleh media massa
Menontonnya berdosa
Menyalahguna kuasa
Gunakan institusi-institusi awam
Diperuntukkan
Dalam Perlembagaan
Perkara 132
Sendiri boleh baca
Pakai baju kuning dicerca
Depan Ratu Elizabeth
Di Istana Buckingham
Di London
Diperlihatkan Allah warna kuning
Yang jelas dan nyata
Di seluruh dunia bercerita
Perhimpunan BERSIH 2.0 berjaya
Mahu bersih perjalanan pilihanraya
Baru berwibawa bila kuasai Putrajaya
Ini harapan golongan remaja
Daripada kalangan Melayu, India dan Cina
Daripada kaum lain juga
Mahu hidup bahagia
Di dunia yang sementara
HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Syaaban1432/Jul2011
Isnin, 25 Julai 2011
OH TUHAN SELAMATKAN PALESTIN
Palestin
Terkenal namamu
Sejak dulu
Tempat nabi-nabi berjuang
Ada yang terbilang
Semangat juang
Tak pernah hilang
Tanah pejuang-pejuang
Tiga agama bersaing
Yahudi
Kristian dan Islam
Daripada Ibrahim a.s
Daripada Musa a.s
Daripada Isa a.s
Berjuang siang dan malam
Israk Mikraj juga di waktu malam
Solat lima waktu jadi kewajiban
Cerah masa depan
Bagi Palestin
Bila intelekual Barat menerima Islam
Bila Islam jadi wadah rakyat Palestin
Berjuang
Dengan iman dan istiqamah
Hidupkan sunnah
Nescaya Zionis musnah
Bila pemimpin bersih dan beramanah
Oh Palestin
Oh Allah
Berilah kemenangan kepada
Umat Islam di Palestin
Amin....amin..
HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Syaaban1432/Jul2011
Labels:
OH TUHAN SELAMATKAN PALESTIN
Ahad, 24 Julai 2011
PANTUN KEJAYAAN BERSIH 2.0
Kain batik negeri seberang
Dipakai anak Tanah Melayu
Melihat kuning hatinya berang
Tanda jati diri sudah layu
Kajang tuan kajang belipat
Kajang saya mengkuang layu
Sokong penzalim dosa pun dapat
Ditipu saja bangsa Melayu
Kalau roboh Kota Melaka
Papan di Jawa saya dirikan
Kalau tahan azab neraka
Harta haram teruslah makan
Hilir rakit berkajang kain
Di mana telok singgah bertimba
Menyertai BERSIH bukan main-main
Kejatuhan penzalim pasti tiba
Jangan ditimba biduk padang
Makin ditimba penuh jua
Kekejaman FRU rakyat pandang
Terutama mengkasari warga tua
Dua paya satu perigi
Seekor bujuk anak haruan
Berbelanja wang tidak rugi
Perhimpunan BERSIH mencapai tujuan
Gesek rebab petik kecapi
Burung tempua membuat sarang
Cita-cita BERSIH telah tercapai
Walaupun pimpinannya terus diserang
Hendak gugur gugurlah nangka
Jangan menimpa putik pauh
Beribu-ribu hadir siapa sangka
Penyokong BERSIH berjiwa teguh
Dari mana punai melayang
Dari paya turun ke padi
Pimpinan BERSIH rakyat sayang
Kepada negara ingin berbudi
Di kiri jalan di kanan jalan
Tengah-tengah pokok mengkudu
Peserta BERSIH tidak terkilan
Kepada Allah saja mengadu
Di antara padi dengan selasih
Yang mana tuan lurutkan
Tahniah penganjur himpunan BERSIH
Dapat sambutan yang menggalakkan
Burung putih di air tenang
Mencari makan dipinggir kali
Warna kuning sudah menang
Dengan airmata maruah dibeli
Buah pauh di atas batu
Ada berdaun berbunga tidak
Masyarakat majmuk boleh bersatu
Politik perkauman mereka tak nak
Burung terbang menarik rotan
Lalu hinggap di kayu jati
Rakyat yakin kebolehan Pakatan
Perhimpunan BERSIH sebagai bukti
HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Syaaban1432/Jul2011
Labels:
PANTUN KEJAYAAN BERSIH 2.0
Sabtu, 23 Julai 2011
AKAL BERSIH
jiwa kotor hendaklah dibersihkan |
I
Melalui akal
Manusia kenal bersih
Manusia tahu yang kotor
Bersih pada niat
Bersih dalam ucapan
Bersih dalam tindakan
Berhimpun secara aman
Dibenarkan perlembagaan
Perkara 10
Dalam Perlembagaan Persekutuan
Diterima baik yang waras akal
Perhimpunan BERSIH 2.0
Ditentang yang nakal
Ditentang yang otak kalkatu
Dalam maksiat sudi bersatu
Akal jenis ini dikuasai oleh hantu
Banyak hantu di Putrajaya
Mahu kekal menyalahguna kuasa
Otak kalkatu ikut saja
Haramkan warna kuning
Haramkan baju kuning
Otak sudah sudah pening
Dibiarkan budaya kuning
Otak cukup kotor
Otak penuh lumpur
II
One, two, three, four
Dalam kubur penzalim mengelupur
III
Satu , dua, tiga, empat
Putrajaya kita boleh dapat
IV
Putrajaya
Orang bersih punya
Mahu negara maju jaya
Melalui pilihanraya bersih
HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Syaaban1432/Jul2011
Labels:
AKAL BERSIH
Jumaat, 22 Julai 2011
SENYUM ROH ALTANTUYA
senyum penuh makna |
I
Bila hati manusia bersih
Bila akal manusia waras
Bila rajin menuntut ilmu
Baru beribadat tak jemu-jemu
Baru berani ikut serta
Perhimpunan aman
Tanda taatkan perlembagaan
Manusia kotor beri tentangan
Guna aparutus-aparutus keselamatan
Senyum syaitan
Rancangan otak kotor digagalkan
Oleh puluhan ribu manusia berbaju kuning
Pengkhianat Negara pun pening
Pencinta perlembagaan terus berjuang
Ambiga
Pak samad
Terus berjihad
Melalui puisi
Melalui demontrasi
Menentang korupsi
II
9 Julai 2011
Hari bersejarah
Memo mahu diserah
Cuba dicegah
Dengan tembakan pemedih mata
"Tear Gas" kata orang putih
Sabar saja
Rakyat berjiwa bersih
Dalam PRU-13 sapu bersih
Gembira roh Altantuya
Orang baik pegang Putrajaya
HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Syaaban1432/Jul2011
Labels:
SENYUM ROH ALTANTUYA
Khamis, 21 Julai 2011
KRITIKLAH DIRI SENDIRI
![]() |
siapa makan cili terasa pedasnya |
Mencari kawan
Mempengaruhi manusia
Dua tugas mulia
Jadikanlah sebagai cita-cita
Jadikan juga sebagai cerita
Boleh menghilangkan derita
Boleh menghapuskan sakit jiwa
Ke akhirat dosa dibawa
Ingatlah pejuang-pejuang ketuanan bangsa
Bangsa sendiri merosakkan bahasa
Bangsa sendiri menyalahguna kuasa
Lupa peredaran masa
Lupa Allah Maha Kuasa
Menghidup
Mematikan kita
Dalam kubur pula menderita
Bagi si pendusta
Bagi lidah tak bercabang
Sesama sendiri tumbang-menumbang
Di majlis ilmu agama
Hadirkan diri
Eloklah muhasabah diri
Eloklah betulkan diri
Sebenarnya kritik itu menyelamatkan diri
Bila keredhaan Allah dicari
Di akhirat menanti saja bidadari
Nikmatnya tidak terperi
Syukur pada Ilahi
HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Syaaban1432/Jul2011
Labels:
KRITIKLAH DIRI SENDIRI
MENTERI BERJIWA RAKYAT
Menteri
Sesiapa pun boleh jadi Menteri
Perlu ada kerusi
Perlu jadi Ahli Parlimen
Di peringkat Pusat
Partinya menguasai kerusi
Ahli-ahli Dewan Rakyat
Boleh juga daripada Senat
Ahli Dewan Negara
Ahli Dewan Rakyat
Kedua-duanya boleh jadi Menteri
Rugi yang takutkan isteri
Isteri tak bertudung tak berani tegur
Isteri menari poco-poco ikut sama
Isteri beli intan berlian diam saja
Nafsu jadi raja
Cari duit kerja Menteri
Belanja untuk negara
Daripada korupsi memiliki harta
Daripada harta boleh kekalkan kuasa
Boleh menang pilihanraya
Dengan tipu daya
Boleh kuasai Putrajaya
Rakyat ada jalanraya
Rakyat ada perut saja
Bila bersatu rakyat
Ratusan ribu boleh berkumpul
Inginkan kebersihan
Bersihkan pilihanraya
Baru jadi Menteri berwibawa
Tentu rakyat suka
HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Syaaban1432/Jul2011
Labels:
MENTERI BERJIWA RAKYAT
Rabu, 20 Julai 2011
ADA BUKTI
Ada yang berkata
Ada bukti
Kuasawan tak berkualiti
Jalan mungkar jadikan titi
Lupa suatu hari akan mati
Mahu bersihkan hati
Mahu pilihanraya pun bersih
Mahu beramal soleh
Mahu taubat diterima
Dengan jemaah mahu bekerjasama
Harap-harap diampunkan dosa
Dosa menyalahguna kuasa
Tipu anak bangsa
Anaktirikan bahasa ibunda
Lupa perkara 152
Perlembagaan Persekutuan
Jadi seperti
'ulat bulu panjat durian
sedap dulu rugi kemudian"
HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Syaaban1432/Jul2011
1 TUJUAN
Perasuah
Hidup mewah
Membenci dakwah
Masjid mahu dikuasai
Mahu sekat majlis pengajian
Mahu orang Melayu terus jahil
Jahil tentang bersih
Bergelumbang dengan manusia kotor
Kotor dianggap bersih
Bersih dianggap kotor
Melihat kuning terketar-ketar
Roda hidup terus berputar
Putrajaya akan bertukar
Terbenam golongan mungkar
Terbenam puak ketuanan bangsa
Demi masa
Manusia berada dalam kerugian
Berfahaman perkauman
Membiarkan kezaliman
Merestui penyelewengan
Kerajaan Pusat bertukar tangan
BERSIH ada peranan
India, Cina dan Melayu boleh berkawan
Menegakkan kebenaran
Melakukan perubahan
Mentadbir penuh keadilan
Ditutup banyak jalan
Diarah kedai tutup perniagaan
Demonstran-demonstran tak hairan
Disembur air pemedih mata tak hairan
Hanya satu tujuan
Pilihanraya bersih dan aman
HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Syaaban1432/Jul2011
Selasa, 19 Julai 2011
RAKYAT ADA MAKLUMAT
Manusia
Mahu bersih
Bersih jasmani
Mantap rohani
Jadi berani
Berani kerana benar
Takut kerana salah
Rasuah memang salah
Dimurkai Allah
Mahu selesai masalah
Bersihkan SPR
Adakan pilihanraya adil
Tentu tumbang gerombolan penzalim
Bebas penjawat-penjawat awam
Daripada dosa kering
Bekerja ikut undang-undang
Undang-undang tertinggi
Perlembagaan Malaysia
Perkara 10
Boleh berhimpun secara aman
Boleh tak sokong perkauman
Boleh pilih Pakatan Rakyat
Banyak manfaat
Di Selangor boleh lihat
Di Pulau Pinang boleh lihat
Kecuali mata dipenuhi ulat
Dikelabui oleh berbagai maksiat
Rasuah
Korupsi
Konspirasi
Kes liwat II
Kes video seks lucah
Bawa ke mahkamah
Dendanya rendah
Konspirasi terdedah
Aurat isteri terdedah
Beg tangan terlalu mahal
Rakyat mula soal
Rakyat ada maklumat
Politik perkauman hampir tamat
Menjadi BERSIH 2.o punya maklamat
Bersyukur rakyat
Dapat berselawat
HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Syaaban1432/Julai2011
Labels:
RAKYAT ADA MAKLUMAT
Isnin, 18 Julai 2011
PERTAHAN DEMOKRASI
I
"Pertahan Demokrasi"
Melalui ucapan tanpa isi
Melalui cakap tak serupa bikin
Penyokong BERSIH tak yakin
II
"Pertahan Demokrasi"
Melalui korupsi
Melalui ekonomi kroni
Dikuasai bini
Shopping ke luar negeri
Beli berlian
Bernilai jutaan ringgit
Hidup rakyat perit
"Tembak" FRU menjerit
Pedih mata penyokong BERSIH
Turun hujan serta merta
Mencuci mata
Menuju Stadium Merdeka
Kuasawan sedang leka
Niagawan cari projek saja
Murbawan hidup derita
Dengar BERSIH 2.0 buka mata
Disembur air pemedih mata
Tetap satu cita-cita
Pilihanraya bersih tujuan utama
Tiga bangsa bekerjasama
Di Kuala lumpur buktinya
Turun India, Melayu dan Cina
Mahu selamatkan negara
Daripada manusia penyalahguna kuasa
9 Julai 2011
Rakyat prihatin bersatu
Menuntut pilihanraya bersih
Inilah cara
Inilah jalan
Pertahan demokrasi
Bukan dengan keris telanjang
Bukan dengan dasar Ketuanan Melayu
Tapi ikut hukum
HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Syaaban1432/Jul2011
Labels:
PERTAHAN DEMOKRASI
Al-Fatihah:Dr. Lo' Lo' Meninggal Dunia
KUALA LUMPUR, : Ahli parlimen Titiwangsa, Dr Lo'Lo Mohd Ghazali menghembuskan nafas terakhir di Hospital Selayan
g sebentar tadi jam 10.20 mlm

Jenazah beliau kini sedang diusahakan untuk dibawa ke Masjid Al-Akram, Dato Keramat.Perkara itu disahkan oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof
Maklumat berkenaan kematian itu juga turut dimuatkan pada laman Facebook dan Twitter Allahyarhamah atas nama keluarga.
Beliau sebelum ini menerima rawatan akibat kanser.
Dalam respon awal, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan Allahyarhamah seorang yang istiqamah berjuang untuk Islam sehingga akhir hayat.
"Saya dimaklumkan oleh keluarga terdekat almarhumah Dr Lo' Lo', MP PAS Titiwangsa tentang pemergian beliau sebentar tadi.
"Semoga Allah merahmati rohnya dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh. Beliau seorang yang istiqomah berjuang untuk Islam hingga ke saat akhir hayatnya," tulisnya di Facebook.
Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hassan pula menyifatkan Allahyarhamah seorang tokoh pejuang Islam yang tabah.
"PAS dan rakyat sebentar tadi kehilangan tokoh pejuang Islam yg tabah apabila sbentar td Dr Lo' Lo' telah kembali ke rahmatillah.. Al Faatiihah." tulisnya di Twitter.
Ahad, 17 Julai 2011
TOLAK PENGARUT
![]() |
BERSIH 2.0 sambut PM Najib di London |
Kuala Lumpur
Hari Sabtu
9 Julai 2011
Di setiap penjuru ada sekatan polis
Di arah tutup kedai-kedai perniagaan
Warna kuning bahan larangan
Baju kuning BERSIH dianggap bahaya
Boleh kuasi Putrajaya
Walaupun disekat
Walaupun dikawal ketat
Penyokong-penyokong pula bersemangat
Betul-betul patriot
Betul-betul warganegara prihatin
Mahu selamatkan negara
Daripada pengkhianat-pengkhianat
Berselaputkan Ketuanan Bangsa
Daripada slogan kosong
"Pertahankan Demokrasi"
Terus merebak korupsi
Rakyat sudah mengerti
Erti demokrasiPilihanraya mesti bersih
SPR mesti berkecuali
Institusi-institusi awam
Perlu lebih profesional
Melalui BERSIH 2.0 rakyat dah kenal
Tolak pimpinan bebal
HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Syaaban1432/Julai2011
Labels:
TOLAK PENGARUT
Sabtu, 16 Julai 2011
9 JULAI 2011
9 Julai
Hati gerombolan perkauman terkulai
Rakyat tidak lagi lalai
Mahu pilihanraya bersih
Bersih daripada tipu daya
Boleh kuasai Putrajaya
Baru penjenayah-penjenayah didakwa
Diuruskan Peguam Negara yang wibawa
Sedar kewajipan yang berat
Pendakwaan mesti ada bukti kukuh
Bebas daripada konspirasi
Bebas daripada korupsi
Dengan rezeki halal perut diisi
Baru hidup bermotivasi
Baru minat puisi
"ulat bulu panjat durian
sokong penzalim menanggung kerugian"
II
9 Julai
Di Kuala Lumpur
Sekatan jalan di sana sini
Perhimpunan BERSIH 2.0 digeruni
Di takuti kroni-kroni
Dikuasai oleh bini
Hidup macam maharani
Beli berlian berjuta-juta ringgit
Rakyat jelata terus menderita
Kos hidup melambung tinggi
Kerajaan Pusat perlu diganti
Sedang menanti
Pimpinan berkualiti
Bebas daripada korupsi
Bebas daripada penyelewengan
Ini yang rakyat kehendaki
Bila bersih pilihanraya
Bila berkualiti SPR
Bila profesional PDRM
Bila bertaqwa SPRM
Bila bersih institusi-institusi awam
Bila kehendak demokrasi rakyat faham
Parti-parti perkauman pasti tenggelam
Seperti kapal 'Titanic' di lautan dalam
HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Syaaban1432/Julai2011
Labels:
9 JULAI 2011
PANTUN SELEPAS PERHIMPUNAN BERSIH
Orang barat bermain catur
Orang Melayu suka berpolitik
Apa tanda hati kotor?
Melihat warna kuning pun getek
Sebelum mesyuarat kerusi diatur
Pengerusi majlis duduk di tengah-tengah
Penentang BERSIH berhati kotor
Perhimpunan aman sengaja ditegah
Dapat keli buat gulai
Ikan baung masak tempoyak
Bersejarah betul 9 Julai
Penyokong BERSIH sabar walaupun dilanyak
HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Syaaban1432/Julai2011
Jumaat, 15 Julai 2011
KAMI PUN HAIRAN
Hari Sabtu
Jiwa-jiwa bersih bersatu
Mahu sistem pilihanraya bermutu
Mula-mula hapuskan undi hantu
Guna dakwat kekal
Diterima rakyat yang waras akal
Bebas daripada niat jahat
Dengan Allah tetap bertawakal
Untuk akhirat sediakan bekal
Iman dan istiqamah
Bila memimpin beramanah
Bila berkuasa dijauhi rasuah
Sediakan rumah bawah tanah
Dengan mengikuti sunnah
Buat suruhan
Tinggal larangan
Elak menipu rakyat
Memberi Mykad kepada pendatang asing
Melanggar Perlembagaan
Warga asing pun hairan
Tiba-tiba diberi kad pengenalan
Undi kami tetap rahsia
Kenal siapa berpura-pura
Siapa ulama berwibawa
Siapa ulama jahat
Sokong bila duit dapat
Lupa malaikat catat
Dosa pun dapat
Rugi di akhirat
Rugi yang amat sangat
HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Syaaban1432/Jul2011
Labels:
KAMI PUN HAIRAN
Khamis, 14 Julai 2011
PENYESALAN FIRAUN DAN SEKUTUNYA
Rakyat yang cerdik tak mudah ditipu BN |
Wahai manusia
Mari tunaikan kehendak agama
Hidup kita tak lama
Modal kita
Iman dan Islam
Gunakan masa siang dan malam
Kuatkan ilmu kalam
Allah pencipta sekelian alam
Dalam Laut Merah Firaun tenggelam
Baru mahu bertaubat
Tapi terlewat
Menyesal amat sangat
Salahguna pangkat mahu Nabi Musa a.s dikhianat
Nabi Musa a.s ada tongkat
Bila terbentang laut di hadapan
Bila tentera Firaun cukup dekat
Katukkan tongkat
Laut terbelah dua
Laut umpama jalan lebuhraya
Lalulah Musa dan pengikutnya cukup selesa
Bila Firaun dan tentera ikut kemudiannya
Laut dicantum semula
Mati Firaun dalam keadaan hina
Gerombolan United Malays No Otak juga hina
Bila tolak jemaah Islam
Bila tolak hukum hudud
Bila salah guna kuasa
Bila tipu dalam pilihanraya
Bila rakyat sedar
Bila BERSIH 2.0 disokong rakyat
Risau para pengkhianat
Cuba sekat usaha murni
Fikir kebajikan kroni-kroni
Hidup penuh kemewahan
Buat semua larangan
Melanggar kehendak iman
Hinalah manusia jenis ini
Jenis ini yang hendak dibersihkan
Di peringkat Persekutuan
Dengan BERSIH sebagai wadah
Menyokongnya berfaedah
HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Syaaban1432/Julai2011
Labels:
PENYESALAN FIRAUN DAN SEKUTUNYA
Rabu, 13 Julai 2011
KULIAH DHUHA BERTUKAR TEMPAT
![]() |
Tuan Haji Sufian mantan pengerusi Al-Aulia bersama Datuk Yeop Adlan |
Hari Isnin
9 Syaaban 1432 Hijrah
Kuliah Dhuha pun berhijrah
Dari Masjid Al-Aulia, Tembok
Ke Surau Al-Ittihadiah
Taman Che Wan
Masjid Al- Aulia telah ditawan
Gerombolan perkauman
Dapat sokongan
Puak atasan
Puak agamawan
Berhenti majlis-majlis pengajian
Banyak jasa Haji Sufian
Masa dan wang dikorbankan
Untuk memartabatkan iman
Untuk menyebarkan ilmu pengetahuan
Irihati agen-agen syaitan
Melihat kemajuan
Kuliah Dhuha sejak tahun 2007
Mengembang sayap ke Kemboja dan Vietnam
Rupa-rupanya syaitan tidak berpeluk tubuh
Dikumpul golongan keduniaan dari
Kalangan agamawan
Dijanjikan kebendaan
Dirancang rompakan
Tutup di Al-Aulia
Tempat baru dikenalpasti
Memiliki kemudahan
Selesai berpindah sebelum jam 12 tengahari
Ilmu terus dicari
Bimbingan Ustaz Wan Ahmad Tarmizi
Pengajian diteruskan
Mulai hari Selasa
10 Syaaban 1432 Hijrah
Bersamaan 11 Julai 2011
Peserta Kuliah Dhuha tetap bersatu
Tujuannya satu
Beramal
Berteraskan ilmu
Berdasarkan
Al-Quran dan As-Sunnah
Dengan iman dan istiqamah
HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Syaaban1432/Julai2011
Labels:
KULIAH DHUHA BERTUKAR TEMPAT
Selasa, 12 Julai 2011
MENANTI BALA
Ikut saja
Apa media massa kata
Kebaikan negara dicerita
Dianalisis oleh
Para profesor kangkung
Maksiat pula sokong
Pecahamanah pun sokong
Tipu pilihanraya pun sokong
Yang penting
Yang lama
Kekal berkuasa
Biar dalam kubur diseksa
Ada orang curigakan demontrasi
Redha pula korupsi
Diam saja beberapa mufti
Isu tarian poco-poco segera diberi fatwa
Isu judi 3D dan 4D
Isu menerima nasihat syarikat yahudi
Isu rosak akhlak muda-mudi
Diam saja
Taatkan institusi raja
Sistem feudal bermaharajalela
Tandus pahala
Di akhirat menanti bala
HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Syaaban1432/Julai2011
Labels:
MENANTI BALA
Isnin, 11 Julai 2011
PAK SAMAD YANG CERMAT
Pak Samad
Bertindak cukup cermat
Mahu negara tercinta selamat
Daripada Allah datang Rahmat
Kepada Nabi s.a.w selalu berselawat
Di akhirat menanti syafaat
Dilayani bidadari-bidadari setiap saat
Penuh lazat
Lazat......lazat
Di dunia bersih jiwa
Di dunia sokong BERSIH 2.0
Pak Samad berjumpa Agong
Ambiga dan Zaid ikut serta
Di Istana Negara
Bersih-kotor diambil kira
Tiga wira kita
Rakyat sukacita
Mulai bercerita
Bersihnya pilihanraya
Adil bila kuasai Putrajaya
HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Syaaban1432/Julai2011
Labels:
PAK SAMAD YANG CERMAT
TAHNIAH KEPADA PIMPINAN BERSIH 2.0
Tahniah
Pahlawan-pahlawan BERSIH 2.0
Tahniah
Pimpinan BERSIH 2.0
Penggerak membersihkan pentadbiran
Ini yang BERSIH 2.0 ambil perkiraan
Ketelusan dan keadilan
Terpaksa melalui demontrasi jalanan
Menerima kutukan
Daripada puak pro-kerajaan
Mahu kekalkan penyelewengan
Rakyat sudah tak tahan
Melihat penyeleweng berterusan
Jelas usaha bersih 2.0 berkesan
Tahniah daripada rakan-rakan sekelian
Semua ini di atas kehendak Tuhan
HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Syaaban1432/Julai2011
Ahad, 10 Julai 2011
ADA dan TAPI
![]() |
akal diberikan untuk berfikir kebesaran Allah |
Ada akal
Tapi nakal
Ada roh
Tapi jiwa pula keroh
Ada jasad
Tapi seperti maksud Surah Al-Masad
Ada jasmani
Tapi takut bini
Ada kuasa
Tapi menyalahgunakan kuasa
Ada rohani
Tapi mengkayakan kroni-kroni
Ada peluang
Tapi songlap wang
Ada mata
Tapi cara haram kumpul harta
Ada telinga
Tapi lupa syurga
Ada hati
Tapi lupa mati
Ada kudrat
Tapi lupa akhirat
Pasti melarat
HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Syaaban1432/Julai2011
Labels:
ADA dan TAPI
MENANTI PENJARA
Jahil tentang ilmu pengenalan
Jahil tentang ilmu ketuhanan
Bernafsu haiwan
Dengan rasuah mendapat kekayaan
Nampak warna kuning ketakutan
Nampak majlis ilmu kerunsingan
Berani buat kerja-kerja larangan
Menipu dalam pemilihan
Menyalahguna kedudukan
Menyalahgunakan jentera-jentera kerajaan
Mahu kuasa dikekalkan
Rakyat sedar segala penipuan
Mahukan perubahan
Mahukan keadilan
Tuntutan BERSIH 2.0 berpatutan
Ditakuti kuncu-kuncu syaitan
Sedar bila hilang jawatan
Takut didakwa salahguna kuasa
Menanti saja penjara
Di akhirat ada neraka
HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Syaaban1432/Julai2011
Labels:
MENANTI PENJARA
Sabtu, 9 Julai 2011
DOA UNTUK BERSIH 2.0
I
Wahai Allah
Kuatkan jiwa pejuang-pejuang
Bersih 2.0
II
Oh! Allah
Bantulah kami yang berkumpul di Kuala Lumpur
One, two, three, four
Semoga yang jahat mengelupur
Semoga yang kotor mengelupur
III
Wahai Allah
Bantulah kami dengan iman
Bantulah kami dengan keyakinan
Keyakinan
Mengalahkan gerombolan
Berjiwa haiwan
Keyakinan
Tuntutan BERSIH adalah sungguh murni
Mahu wujudkan masyarakat madani
Semoga terhapus ekonomi kroni
IV
Oh! Allah
Lindungilah perhimpunan kami
Pada 9 Julai 2011
Lindungilah semua pemimpin kami
Dengan Rahmat dan Kasih Sayang Engkau Ya! Allah
Wahai Allah
Bersihkanlah sistem PRU-13
Gantikanlah dengan pemimpin ikhlas
V
Oh! Allah
Selamatkan negara ini
Dengan pimpinan yang beriman dan demokratik
Oh! Allah perkenankanlah permohonan kami
HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Syaaban1432/Julai2011
Labels:
DOA UNTUK BERSIH 2.0
Jumaat, 8 Julai 2011
UNTUK HARI INI
Untuk hari ini
Kenalah berani
Berani
Berkata bersih itu bersih
Lawan bersih itu kotor
Menipu itu kotor
Mengugut itu kotor
Menyalahguna kuasa itu kotor
Menyekat hak rakyat
Berkumpul secara aman
Itu kotor
Melanggar peruntukan dalam Perlembagaan
Itu kotor
Memperalatkan institusi-institusi awam
Itu kotor
Mengkhianat bangsa sendiri
Itu kotor
Bila semuanya kotor
Bila rakyat jelata sedar
Pimpinan kotor
Rakyat berkewajipan
Mengubahnya
Dengan membersihkan
Proses pilihanraya
Pada 9 Julai turunlah besama-sama
Hanya di KL saja
Rakyat adalah raja
HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Syaaban1432/Julai2011
Labels:
UNTUK HARI INI
Khamis, 7 Julai 2011
BERBALAS PANTUN DI ANTARA BERSIH DAN KOTOR
BERSIH:
Orang muda bermain catur
Sambil main sambil bercerita
Takut yang jiwanya kotor
Melalui rasuah kumpul harta
KOTOR:
Waktu petang minum teh
Minum bersama rakan sekerja
Warna hitam dikatakan putih
Kata ketua ikut saja
BERSIH:
Cantiknya rupa Tun Teja
Ramai raja tertawan hati
Allah saja patut dipuja
Pimpinan Nabi saja berkualiti
KOTOR:
Kanak-kanak bermain di atas titi
Jatuh seorang dalam parit
Pemimpin kami ada kualiti
Biarpun kehidupan rakyat perit
BERSIH:
Makan roti disapu kaya
Kaya dibuat daripada tepung
Pemimpin rasuah nampak kaya
Walaupun menipu orang kampung
KOTOR:
Ahli sukan kuat berlatih
Bila dahaga minum pepsi
Sokong kami tak beralih
Walaupun negara menjalar korupsi
BERSIH:
Melimpah air dalam paya
Bila turun hujan lebat
Bersih proses dalam pilihanraya
Baru terpilih pimpinan hebat
KOTOR:
Janggut Taliban nampak lebat
Biasa makan roti capati
Kemajuan negara semakin hebat
Gaji minima tetap dinanti
BERSIH:
Makan pagi dengan roti
Sapu keju sedap rasanya
Pengurusan Putrajaya elok diganti
Setelah bersih proses pilihanraya
HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Syaaban1432/Julai2011
Orang muda bermain catur
Sambil main sambil bercerita
Takut yang jiwanya kotor
Melalui rasuah kumpul harta
KOTOR:
Waktu petang minum teh
Minum bersama rakan sekerja
Warna hitam dikatakan putih
Kata ketua ikut saja
BERSIH:
Cantiknya rupa Tun Teja
Ramai raja tertawan hati
Allah saja patut dipuja
Pimpinan Nabi saja berkualiti
KOTOR:
Kanak-kanak bermain di atas titi
Jatuh seorang dalam parit
Pemimpin kami ada kualiti
Biarpun kehidupan rakyat perit
BERSIH:
Makan roti disapu kaya
Kaya dibuat daripada tepung
Pemimpin rasuah nampak kaya
Walaupun menipu orang kampung
KOTOR:
Ahli sukan kuat berlatih
Bila dahaga minum pepsi
Sokong kami tak beralih
Walaupun negara menjalar korupsi
BERSIH:
Melimpah air dalam paya
Bila turun hujan lebat
Bersih proses dalam pilihanraya
Baru terpilih pimpinan hebat
KOTOR:
Janggut Taliban nampak lebat
Biasa makan roti capati
Kemajuan negara semakin hebat
Gaji minima tetap dinanti
BERSIH:
Makan pagi dengan roti
Sapu keju sedap rasanya
Pengurusan Putrajaya elok diganti
Setelah bersih proses pilihanraya
HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Syaaban1432/Julai2011
Rabu, 6 Julai 2011
KETAKUTAN
Bila jiwa kotor
Bila makan duit rasuah
Bila sentiasa pecah amanah
Melihat BERSIH 2.0 terus marah-marah
Melihat warna kuning pun marah
Memiliki nafsu amarah
Membenarkan pengedaran video lucah
Dalangnya
Bawa juga ke mahkamah
Mengaku salah
Dendanya cukup murah
Inilah masalah
Lupakan Allah
Dalam kubur bermasaalah
HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Syaaban1432/Julai2011
HARAPAN BERSIH 2.0
Orang bersih hati
Ingin semuanya bersih
Bersih dalam pilihanraya
Daripada tipudaya
HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Syaaban1432/Julai2011
Labels:
HARAPAN BERSIH 2.0
Selasa, 5 Julai 2011
INGATAN ISRAK dan MIKRAJ
Ramai
Manusia di Mekah waktu
kurun ke 7 masehi
Termasuk :
Muhammad bin Abdullah
Kekasih Allah
Yang dituduh pemecahbelah
Dimatikan Allah
Dua penyokong kuat
Nabi Muhammad s.a.w
Satu kafir satu Islam
Abu Talib bin Abdul Mutalib
Siti Khatijah
Nabi sedih dan gelisah
Dalam keadaan tidak menentu
Di suatu malam
Dari Masjidil Haram
Nabi diperjalankan
Dari Mekah ke Palestin
Dari Masjidil Aqsa
Ke Sidatulmuntaha
Nabi diperlihatkan
Perkara-perkara menakjubkan
Ditugaskan solat lima waktu
Dengan solat berjemaah
Umat Islam boleh bersatu
Dengan meyakini wahyu
Boleh maju Melayu
Bersih hati kalbu
Beriman dan istiqamah
Benar dan amanah
Pemimpin adil disukai Allah
Pemerintahannya adil
Bersih
Dalam ucapan dan perbuatan
Jadikanlah ikatan
Iman, Islam dan Ehsan
HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Syaaban1432/Julai2011
Labels:
INGATAN ISRAK dan MIKRAJ
Sabtu, 2 Julai 2011
INGIN KUASAI MASJID
I
Ingin
Menguasai masjid
Ingin
Menyekat pengajian
Bila kuasai masjid
Terus sekat ustaz haraki
Puaslah hati
Biarpun pengajian agama mati
Ingin jadi AJK masjid
Ingin nama terpapar
Di papan-papan kenyataan
Senyum syaitan
Bila diberhentikan pengajian
Puaslah hati gerombolan kebangsaan
Walaupun rugi
Di Hari Kemudian
HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Syaaban1432/Julai2011
Ingin
Menguasai masjid
Ingin
Menyekat pengajian
Bila kuasai masjid
Terus sekat ustaz haraki
Puaslah hati
Biarpun pengajian agama mati
Ingin jadi AJK masjid
Ingin nama terpapar
Di papan-papan kenyataan
Senyum syaitan
Bila diberhentikan pengajian
Puaslah hati gerombolan kebangsaan
Walaupun rugi
Di Hari Kemudian
HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Syaaban1432/Julai2011
Labels:
INGIN KUASAI MASJID
Langgan:
Catatan (Atom)