Sabtu, 1 Mac 2014

PANTUN AKAN MENANG


Bunga Tanjung putih berseri
Gugur ke bumi di waktu pagi
Ilmu pengetahuan perlu dicari
Baru di akhirat tidak rugi

Gugur ke bumi di waktu pagi
Harum bau di bawah pokok
Baru di akhirat tidak rugi
Di dunia pula menjauhi rokok

Harum bau di bawah pokok
Boleh dikutip orang tempatan
Di dunia pula menjauhi rokok
Sedar bahaya pada kesihatan

Boleh dikutip orang tempatan
Bunga tanjung yang segar
Sedar bahaya pada kesihatan
Diabaikan pada perokok tegar

Bunga tanjung yang segar
Harum bau bila dicium
Diabaikan pada perokok tegar
Di akhirat tentu kena hukum

Harum bau bila dicium
Bila berada dalam taman
Di akhirat tentu kena hukum
Semasa di dunia tidak beriman

Bila berada dalam taman
Melihat bunga berbagai jenis
Semasa di dunia tidak beriman
Dianggap maksiat pula manis

Melihat bunga berbagai jenis
Ada melor ada ros
Dianggap maksiat pula manis
Berbelanja pula cukup boros

Ada melor ada ros
Warna kuning dan merah
Berbelanja pula cukup boros
Bila ditegur cepat marah

Warna kuning dan merah
Menjadi tarikan pelancong datang
Bila ditegur cepat marah
Budaya jahiliah wajib ditentang

Menjadi tarikan pelancong datang
Pulau Pangkor sebagai contoh
Dengan iman yang utuh
Budaya jahiliah wajib ditentang

Pulau Pangkor sebagai contoh
Pantai cantik airnya tenang
Budaya jahiliah wajib ditentang
Agama Allah akan menang



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
R'Akhir1435/Mac2014


Tiada ulasan:

Catat Ulasan