Jumaat, 7 Mac 2014

ATASINYA DENGAN ILMU

“Jadikanlah dirimu tidak mengharapkan pemberian dari sesiapa pun, makan kedudukanmu akan setaraf dengannya”

Orang orang kampung
Sentiasa mengharapkan bantuan
Disebabkan kekurangan
Terutama keperluan harian
Nampaknya berterusan
Dalam keadaan pengharapan
Gelap masa hadapan
Inilah keadaan
Anak bangsa
Yang dipimpin ketua yang keduniaan
Kurang pula amalan
Kelabulah jalan
Perlu diatasi dengan pimpinan
Yang berilmu dan beriman
Perlu wujud di setiap zaman
Baru negara pun aman


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
J'Awal1435/Mac2014




Tiada ulasan:

Catat Ulasan