Isnin, 31 Mac 2014

DAYUS

Di mana ada sistem hidup sekularisma
Wujud fahaman liberalisma
Kurang pengaruh agama
Terutama di kalangan orang-orang ternama
Sibuk dengan hal-hal dunia
Lupa kehidupan dunia hanya sementara
Mengumpul harta dibuat secara segera
Ada yang kaya macam Mi segera
Dosa pahala belakang kira
Yang penting rumah besar
Yang penting kereta besar
Yang penting pangkat besar
Kelakuan isteri terus terbiar
Rambut terdedah dibiar
Dibiar isteri bergaul bebas
Belanja boros pun dibiar
Semua isteri buat O.K bagi suami
Ini namanya ”suami dayus”
Orang dayus terlepas syurga
Ini kes anaiya
Di depan publik hebat
Dalam rumah menikus
Duit banyak iman kurus
Malang nasib si Dayus




HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
JAwal1435/Mac2014



Tiada ulasan:

Catat Ulasan