Isnin, 3 Mac 2014

BELAJARLAH ILMU AGAMA


Pangkal semua penyakit adalah kekenyangan”

Dunia ini penuh pasangan
Lelaki dan perempuan
Lapar dan kenyang
Betina dan jantan
Malaikat dan syaitan
Aman dan kekecohan
Hidup lawannya kematian
Yang berakal ada persiapan
Berbekalkan ilmu pengetahuan
Barulah kenal tuhan
Berlainan dari makhluk sekalian
Sedar ada kesudahan
Ada sihat
Ada sakit
Bermula dari perut
Makanan semua masuk perut
Berlebih dalam makanan
Boleh mendatangkan penyakit
Ada penyakit
Kencing manis
Lemah jantung
Darah tinggi
Tanpa iman manusia pun rugi
Penyokong assobiyah pun rugi
Pemimpin penipu juga rugi
Mahu selamat kena mengaji
Tauhid
Fekah
Tassauf
Hadith
Tafsir Al-Quran dan sirah nabi
Bunga ros berwarna merah
Tumbuh subur di tepi kolam
Kepada Allah kita berserah
Berjihad pula disuruh Islam
Dengannya parti assabiyah tenggelam
Seperti kapal titanic di lautan dalam



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
J'Awwal1435/Mac2014


Tiada ulasan:

Catat Ulasan