Jumaat, 28 Mac 2014

BERSYUKURLAH KAWANKU

'Orang yang paling bersyukur kepada
Allah adalah orang yang paling bersyukur
kepada manusia’
manusia adalah sebaik-baik kejadian
ada akal fikiran
dari Al-Quran ambil pelajaran
buat suruhan tinggal larangan
ini tanda kuatnya iman
sentiasa wujud di sepanjang zaman
di hadapan ada ujian
diatasi dengan ilmu pengetahuan
diikuti dengan amalan
disedari wujud ranjau di sepanjang jalan
jalan ke syurga dipenuhi kesukaran
perlu kesabaran
perlu bersyukur sebagai bekalan
bersyukur di atas nikmat iman dan Islam
berbaik-baik sesama umat Islam
doakan mereka sepanjang malam
melalui kekuasaan penzalim tenggelam
seperti kapal titanik di lautan dalam
sedarilah wahai umat Islam



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
J'Awal1435/Mac2014



Tiada ulasan:

Catat Ulasan