Sabtu, 8 Mac 2014

FIRAUN JUGA BERUSAHA


“Kalau orang telah berusaha tetapi maksudnya tidak tercapai bukanlah suatu kehinaan. Kehinaan itu terletak pada orang yang tidak berusaha”

Perlu diingat
Kehidupan adalah perjuangan
Buat suruhan tinggal larangan
Inilah permulaan
Mencari kebenaran
Ada dalam Al Quran
Mengandungi pelbagai pengajaran
Ambillah pelajaran
Firaun menerima kegagalan
Dengan kuasa sesatlah jalan
Juga Qarun dan Haman
Gandingan Trio yang merugikan
Benar benar menerima kehinaan
Berusaha dengan kezaliman
Memperdaya rakyat sekalian
Dengan kekuasaan
Dengan sabar Musa memberi tentangan
Dibantu Harun yang berkebolehan
Firaun dapat ditumbangkan
Dalam Laut Merah ditenggelamkan
Usaha Firaun amat merugikan
Berada dalam kehinaan
Berpanjangan


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
J'Awal1435/Mac2014





Tiada ulasan:

Catat Ulasan